top of page

'Ahli Parlimen tolak darurat lebih daripada mencukupi'


Gesaan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Ahli-ahli Parlimen menghantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong menolak perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menghasilkan sejumlah bantahan yang melepasi majoriti mudah.


Anwar berkata demikian dalam forum atas talian anjuran Majlis Profesor Negara bertajuk "Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?" petang tadi.


Katanya, jumlah bantahan berkenaan cukup untuk memohon perkenan Agong mempertimbangkan semula proklamasi tersebut dan memanggil sidang khas Parlimen dengan segera.


"Sekarang telah mencecah 114, 115 yang menolak usul PN. Jumlah itu lebih daripada cukup menolak pandangan PN berhubung darurat, (ia) ditolak majoriti ahli Parlimen," katanya.


Jumlah yang dinyatakan Ahli Parlimen Port Dickson tersebut melebihi 5 kerusi daripada paras majoriti 110 selepas Ahli Parlimen Batu Sapi dan Gerik meninggal dunia.


Dalam erti kata lain, lebih daripada 7 Ahli Parlimen kerajaan juga tidak bersetuju dengan darurat yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Perikatan Nasional.


Bagaimanapun, menurut Anwar rakyat perlu menunggu budi bicara Agong sama ada perkenan untuk menamatkan darurat berkenaan atau tidak.


"Bagi saya, kalau tanya saya, sekarang jumlah mencukupi. Tapi kena tunggu ihsan dan budi bicara tuanku untuk mendapat makluman lanjut,” katanya.


Anwar juga membayangkan jumlah sokongan akan lebih besar sekiranya Gabungan Politik Sarawak (GPS) yang ketika ini masih membincangkan status darurat menolak proklamasi tersebut.


"Saya tak tahu apakah keputusannya tetapi ternyata kalau ini berlaku, maknanya yang komited betul mendokong darurat dan penggantungan Parlimen itu tak mungkin sampai 90 Ahli Parlimen, ataupun jauh lebih rendah,” katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page