top of page

Ahli Parlimen dihalang sekatan polis ke parlimen, Malaysia catat sejarah hitam


Malaysia mencatat sejarah hitam hari ini apabila bukan sahaja pasukan polis menutup Bangunan Parlimen malah dalam jarak 2 kilometer jalan masuk ke Parlimen.


Kumpulan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang pagi ini yang berarak menuju ke Parlimen selepas berucap di Dataran Merdeka disekat daripada meneruskan perarakan di Bulatan Dato' Onn berhadapan Bank Negara Malaysia.


Paling ke hadapan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghadapi hadangan polis pada pukul 10.00 pagi. Beliau dihadang oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bersama jentera meriam air dan berpuluh-puluh polis biasa.


Guan Eng dilihat bertanya kepada ketua polis yang bertugas, atas arahan siapa sekatan dilakukan. Menurut beliau, Ahli Parlimen hanya mahu ke pejabat dan menjalankan tugas mereka.


Bagaimanapun polis menjawab sekatan dibuat di bawah Akta Polis kerana negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan Akta 342, akta penyakit berjangkit.


Di belakang perarakan disertai lebih 100 Ahli Parlimen itu melaungkan 'Daulat Tuanku', 'Mahiaddin letak jawatan', 'Hidup rakyat' dan 'Reformasi' yang bergerak dari Dataran Merdeka dan terpaksa berhenti di Jalan Parlimen.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Snwar Ibrahim kemudian berunding dengan pihak polis pada pukul 10.30 pagi. Bagaimanapun keputusan polis mutamad, tiada seorang pun dibenar melepasi sekatan.


Ahli Parlimen Port Dickson itu mengambil keputusan untuk berucap dan mengumumkan sekali lagi kerajaan PN tiada keabsahan dan Ahli-ahli Parlimen yang menentang beliau kini lebih banyak berbanding yang menyokomg.


"Kerajaan hilang keabsahan, tidak boleh mengurus pemerintahan, mereka melanggar Perlembagaan, menghalang Ahli Parlimen menjalankan tugas dan yang agak serius ialah menderhaka kepada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang diPertuan Agong.


"Kita (Ahli Parlimen) di sini sebagai rakyat taat kepada Yang diPertuan Agong dan yang mahu tunduk di bawah Perlembagaan dan membela nasib rakyat.


"Rakyat sekarang terkorban derita kerana kegagalan kerajaan. Kerajaan hilang sokongan, kerajaan gagal jalankan tugas tetapi terus bertahan untuk pegang kuasa.


"Ini pandangan 107 Ahli Parlimen dari semua parti Pembangkang dan sebagaimana saya sebutkan tadi ada Ahli Parlimen yang telah pun menulis kepada Speaker yang menunjukkan bahawa kerajaan Mahiaddin telah kalah (hilang majoriti). Ini (sekatan) cara mereka (kerajaan Perikatan Nasional) melanggar Perlembagaan dan mengalih peluang untuk kita bantah di Parlimen," katanya.


Bantahan tersebut bersurai pada pukul 11.00 pagi.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page