top of page

Ahli Parlimen bebas ke Dewan Rakyat, polis tidak wajar sekat - Fahmi Fadzil


Siasatan polis ke atas Ahli-ahli Parlimen yang dihalang daripada memasuki Bangunan Parlimen pada 2 Ogos lalu menjadi tanda tanya berhubung kesalahan yang telah dilakukan.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang dirakam percakapan di IPD Dang Wangi, hari ini berkata bahawa Ahli Parlimen tidak boleh disekat daripada menjalan tugas dan Dewan Rakyat telah pun mengeluarkan arahan pada 13 Julai 2020 kepada Ketua Polis Negara untuk menjamin laluan keluar - masuk Ahli Parlimen sepanjang tempoh persidangan.


"Saya dengan sebilangan Ahli Parlimen dipanggil untuk dirakam percakapan berkaitan apa yang berlaku pada Isnin lalu. Yang saya ingin tekankan pada 13 Julai 2020, Parlimen pada Penggal Ketiga telah meluluskan satu usul oleh Menteri Dalam Negeri yang mana Dewan Rakyat memerintahkan Ketua Polis Negara memastikan tiada halangan untuk Ahli Parlimen pergi dan datang ke Dewan Rakyat


"Malangnya Isnin lalu kita melihat Ahli-ahli Parlimen telah dihalang. Maka ramai Ahli Parlimen merasakan bahawa telah berlaku satu pelanggaran besar terhadap perintah dewan. Ini adalah perintah Dewan Rakyat kepada Ketua Polis Negara.


"Saya percaya ada Ahli Parlimen akan membuat laporan polis untuk minta perkara tersebut disiasat kerana berdasarkan Seksyen 124 Kanun Keseksaan adalah menjadi satu kesalahan menghalang seorang Ahli Parlimen menjalan tugas dan kuasa-kuasa yang ada padanya," kata Fahmi dalam sidang media di hadapan IPD Dang Wangi.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN itu, selain dirakam percakapan, beliau juga mengambil kesempatan membuat laporan polis terhadap kebiadapan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin kelmarin yang mempercehkan Yang di-Pertuan Agong dalam satu temubuat di stesen televisyen


"Saya juga telah membuat laporan polis berkenaan satu kenyataan Zuraida Kamaruddin dalam satu wawancara Astro Awani pada 2 Ogos lalu di mana beliau telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat tidak hormat dan biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong serta di mata rakyat, beliau telah memperlekeh dan memperkecil fungsi dan kuasa Agong seperti termaktub dalam Perlembagaan.


"Hal ini mengapi-apikan mana-mana golongan dan mungkin melanggar Seksyen 505 Kanun Kesiksaan. Saya pohon pihak polis segera menyiasat kenyataan yang ramai anggap tidak menghormati kuasa dan fungsi Agong selaku Ketua Utama Negara," katanya lagi


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page