top of page

Agong titah tugas negara bukan hanya PM, perlu dipikul semua MP



Oleh: Abdullah Zaid


Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim menitahkan Ahli Parlimen sama ada blok kerajaan mahupun pembangkang perlu bekerjasama dan berganding bahu demi membangunkan negara.


Titah baginda bahawa sebarang kegagalan ataupun kejayaan bukan terletak di bahu Perdana Menteri sahaja malah semua 222 Ahli Parlimen perlu memikul beban tanggungjawab yang sama.


"Di mata saya, kejayaan atau kegagalan bukan terletak di bahu Perdana Menteri tetapi 222 ahli dewan rakyat sebagai wakil mereka dalam parlimen.


"Semua pihak sedia maklum bahawa keutamaan saya adalah keadaan hidup lebih 33 juta rakyat Malaysia di luar sana.


"Oleh itu semua Ahli Parlimen perlu menumpukam usaha itu dan bukannya mengutamakan kepentingan parti atau diri sendiri,” titah baginda.


Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-15 di Parlimen, hari ini.


Dalam pada itu, sebagai YDPA Ke-17, Sultan Ibrahim memaklumkan bahawa banyak perkara baharu yang perlu baginda pelajari.


Titah baginda, pemerintahan baginda adalah sama YDPA lalu selaras dengan dasar dan peraturan yang ditetapkan.


"Saya adalah orang baru di sini dan belum sampai satu bulan memegang jawatan Yang Dipertuan Agong, oleh itu banyak perkara yang saya perlu belajar.


"Ucapan saya hari ini lebih halus kalau dibandingkan dengan ucapan saya di Johor, saya bagi peluang supaya tidak ada yang tersinggung, tetapi akan datang harap berjaga-jaga.

"Kedudukan saya di sini untuk memastikan kedaulatan tanah air, kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat," titah baginda lagi.


*Kredit foto: Jabatan Penerangan

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page