top of page

Agong setuju Undi Percaya tidak perlu: Kenyataan Wan Junaidi tidak terpakai - Hassan Karim



Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan tidak perlu dibuat Undi Percaya di Dewan Rakyat tidak boleh diterima kerana kenyataan tersebut bersifat hearsay atau dengar cakap.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul karim, kenyataan bersifat dengar cakap jika di dalam mahkamah tidak boleh dipakai.


"Kesahihan kenyataaan Wan Junaidi itu dipertikaikan kerana beliau tidak mendengar sendiri apa yang dikatakan oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebaliknya Wan Junaidi mendengar dari Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.


"Ismail Sabri adalah orang yang ada pertentangan kepentingan atau conflict of interest dalam soal Undi Percaya di Dewan Rakyat kerana prosiding Undi Percaya itu menguji kepercayaan terhadap dirinya sendiri selaku Perdana Menteri.


"Perlu diingat semula kronologi apa yang berlaku. Kenyataan Yang di-Pertuan Agong supaya Perdana Menteri yang dilantik perlu membentangkan usul Undi Percaya secepat mungkin di Dewan Rakyat telah dikeluarkan secara rasmi oleh Istana Negara pada 18 Ogos 2021," katanya.


Sehubungan itu, kata Hassan yang juga seorang peguam, di dalam amalan Undang-undang Pentadbiran, apatah lagi yang melibatkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, jika titah baru dikeluarkan maka titah tersebut hendaklah dibuat secara bertulis dan dimaklumkan kepada umum melalui satu kenyataan media rasmi Istana Negara


Menurut beliau, dalam hal ini, nama baik Yang di-Pertuan Agong perlu dipelihara oleh Perdana Menteri semasa.


"Ismail Sabri sebagai PM mungkin selesa membuat U-Turn. Semalam cakap lain, hari ini cakap lain. Rakyat boleh menghukumnya di dalam “mahkamah media sosial” ataupun di dalam pilihan raya akan datang. Tetapi amat buruk padahnya kepada institusi Yang di-Pertuan Agong jika Baginda juga dilihat oleh rakyat telah melakukan U-Turn.


"Oleh yang demikian adalah mulia jika kata dikota, dan janji ditunaikan. Usul Undi Percaya di Dewan Rakyat adalah sesuatu yang memenuhi konvensyen dan perundangan Perlembagaan Persekutuan.


"Sambil menghormati keputusan duluan yang pernah dibuat oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, tetapi jika dirujuk kepada teks Perlembagaan sesungguhnya tidak ada barang sepatah perkataan pun yang menyatakan keabsahan Perdana Menteri boleh ditentukan secara Surat Akuan Berkanun (SD)," katanya.


Tegas Hassan, Perlembagaan menetapkan majoriti sokongan kepercayaan di dalam Perkara 43(2)(a) atau tidak ada majoriti sokongan kepercayaan di dalam Perkara 43(4) perlu ditentukan dan dilakukan di dalam Dewan Rakyat.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page