top of page

ADUN Pas tidak wajar persenda Menu Rahmah

Updated: Mar 5, 2023




Tindakan ADUN Pas didakwa mempersenda Menu Rahmah yang dijual di Terengganu kerana tidak disediakan kuah lalu menuang air minuman sebagai kuah amat tidak wajar bagi seseorang bergelar Exco Kerajaan Negeri.


Mengulas perkembangan itu, KEADILAN Kemaman mendakwa perbuatan tersebut seolah olah menghina golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada Menu Rahmah untuk menjimatkan perbelanjaan harian.


"KEADILAN Kemaman mengecam tindakan Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang juga ADUN Chukai, Hanafiah Mat kerana mempersendakan Menu Rahmah secara terbuka.


"Tindakan beliau dalam video berdurasi selama 18 saat itu dengan bertindak mencurah air minuman ke dalam Menu Rahmah atas alasan makanan tidak mempunyai lauk mencukupi dikesali.


"Perbuatan ini jelas sikap angkuh ADUN Chukai tersebut yang secara terbuka mempertikai inisiatif Menu Rahmah," kata Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman.


Menurut kenyataan itu lagi, tidak selayaknya seorang ADUN mempersenda perkara baik yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan biar pun berlainan fahaman politik.


Sehubungan itu, KEADILAN Kemaman menuntut ADUN berkenaan memohon maaf di atas keceluparan beliau.


"KEADILAN Kemaman menuntut permohonan maaf daripada ADUN Chukai. Tindakan beliau sama sekali tidak dapat diterima oleh masyarakat.


"Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan memuliakan makanan. Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah mencerca makanan yang dihidang kepada baginda.


"Sangatlah ironi sebuah parti yang melaungkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W sebagai tauladan namun sikap mereka sangat jauh daripada akhlak Rasullulah," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page