top of page

ADUN Machap Jaya bantu operasi sanitasi 13 buah rumah, surau

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jun 2, 2021
  • 1 min read

ree

ADUN Machap Jaya, Ginie Lim meneruskan lagi operasi sanitasi Covid-19 di di Kg Kemuning dan Kg Melaka Pindah.


Katanya, sanitasi ini telah dilakukan di setiap luar dan dalam rumah yang salah seorang ahli keluarganya telah didapati positif Covid-19 dan mempunyai kontak rapat.


"Sebanyak 13 buah rumah dan sebuah Surau telah di sanitasi pada pagi ini di Kg dan Rumah Awam Kemuning. disebelah petang sebanyak 6 biji rumah telah disanitasi di Kg Melaka Pindah.


"Operasi ini dilakukan bagi membanteras wabak Covid-19 dari terus merebak di dalam DUN Machap Jaya ini," katanya.


Beliau juga berharap, DUN Machap Jaya bebas daripada sebarang penularan Covid-19.


"Semoga dengan adanya sanitasi ini wabak Covid-19 akan terputus untuk warga Machap Jaya terumatanya di Kg Kemuning ini.


"Machap Jaya mesti menang melawan Covid-19," katanya.

 
 
 

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page