top of page

ADUN KEADILAN selamatkan 2 lagi mangsa pemerdagangan manusia



Pemimpin KEADILAN Pahang yang juga ADUN Teruntum, Sim Chon Siang berjaya menyelamatkan dua lagi mangsa pemerdagangan manusia di Kemboja dengan membawa mereka pulang ke Malaysia.


Dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN pagi tadi, Sim menceritakan kisah dua anak muda berketurunan Cina mangsa pemerdagangan manusia itu yang ditipu oleh syarikat pencari kerja, berkelana ke Kemboja dan dijadikan penjual barangan tertentu di sana.


Katanya, kedua dua mangsa itu hanya dibebaskan selepas keluarga mereka membayar AS$ 25,000 sebagai wang tebusan.


"Dua mangsa ini dibayar AS$25,000 seorang. Wang ini dikumpul dari keluarga. Keluarga pinjam sini sana kerana terpaksa memberi kepada sindiket itu, baru anak mereka dapat dibebaskan," katanya.


Bagaimanapun, kata Chon Siang layanan diterima dua gadis berkenaan di balai polis Sihanoukville tidak menyenangkan dengan kedua duanya tidak diberikan makanan dan kemudian dihantar ke pusat tahanan imigresen, sedangkan mereka adalah mangsa pemerdagangan manusia.


Chon Siang juga kecewa dengan kedutaan Malaysia di Phnom Penh, ibu negara Kemboja yang tidak memberi kerjasama secukupnya, sehingga didakwa memerlukan tempoh 2 bulan untuk memproses kepulangan mereka.


Bagaimanapun, katanya dengan memindahkan kedua dua mangsa itu ke Thailand, urusan berkenaan boleh diselesaikan dengan mudah.


Sehubungan itu, dengan meningkatnya rakyat Malaysia dijadikan tebusan di Kemboja, beliau menggesa Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbincang bersama rakan sejawatannya di Kemboja untuk menyelesaikan isu jenayah pemerdagangan manusia berkenaan.


"Saya minta PM hubungi PM Laos, Kemboja dalam isu ini.


"PM kena main peranan, hubungi (rakan sejawatan) dan ceritakan bagaimana sindiket ini (boleh dibanteras)," katanya.


Tegas Chon Siang, semakin lama PM Ismail menahan daripada membuka mulutnya maka lebih banyak mangsa akan teraniaya di Kemboja.


Mereka, katanya bukan sahaja dipaksa melakukan pekerjaan yang menyalahi undang undnag tetapi juga dipukul dan didera.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page