top of page

Adat Perlimau Tapak PSSGMK Kuantan satukan anak muda dalam aktiviti silat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 4 days ago
  • 2 min read
Detik khidmat anggota baharu menjalani adat Perlimau Tapak di hadapan Gurulatih disaksikan bersama rakan seperjuangan dan ibu bapa
Detik khidmat anggota baharu menjalani adat Perlimau Tapak di hadapan Gurulatih disaksikan bersama rakan seperjuangan dan ibu bapa

Suasana penuh istiadat dan syahdu menyelubungi perkarangan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi baru baru ini sempena Majlis Adat Istiadat Perlimau Tapak dan Seni Penerimaan Anggota Baharu PSSGMK Kuantan 2026 anjuran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Cawangan Kuantan.


Majlis telah disempurnakan oleh Fakhrul Anuar Zulkawi, Ketua Cabang KEADILAN Kuantan dan Ahli Majlis Bandaraya Kuantan.


Seramai 45 anggota baharu terdiri daripada anak muda sekitar Kuantan telah menyempurnakan adat Perlimau Tapak – simbolik penyucian diri, taat setia kepada guru dan gelanggang, serta ikrar untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.


Fakhrul Anuar Zulkawi berpakaian lengkap busana Silat Seni Gayong menyampaikan ucapan perasmian.
Fakhrul Anuar Zulkawi berpakaian lengkap busana Silat Seni Gayong menyampaikan ucapan perasmian.

Dalam ucapan perasmian, Fakhrul Anuar yang juga Pegawai Khas kepada Senator Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan bahawa seni silat merupakan madrasah penting pembentukan jati diri.


"Silat Seni Gayong telah lama menjadi benteng warisan bangsa. Melalui majlis Perlimau Tapak ini, kita bukan sahaja menerima anggota baharu, tetapi menyemai nilai disiplin, hormat kepada guru, dan semangat setia kawan tanpa mengira kaum.


"Inilah roh Malaysia MADANI yang kita mahu suburkan di Kuantan," katanya.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan jurulatih dan Gurulatih PSSGMK Kuantan yang tidak jemu mendidik anak bangsa.


"Pihak kami di Cabang KEADILAN Kuantan akan terus menyokong NGO-NGO warisan seperti PSSGMK. Anak muda perlukan ruang sihat untuk menyalur tenaga, dan gelanggang silat adalah tempat terbaik untuk bina sahsiah," tambah beliau.


Majlis turut diserikan dengan demonstrasi silat oleh pesilat senior.


PSSGMK Kuantan menyasarkan pengambilan 100 anggota baharu sepanjang 2026 dengan fokus kepada penyertaan anak muda di DUN Teruntum, Tanjung Lumpur dan Inderapura.


Turut hadir di dalam majlis ini ialah Pengerusi PSSGMK Negeri Pahang, Guru Latih Kasim Samat, Ketua PSSGMK Kuantan, Muhammad Hafiz Hamdan dan Ketua Wanita KEADILAN Pahang, Sridayu Samsuri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page