top of page

'Ada parti politik mahu wanita jadi pak turut, PH merdekakan pemikiran wanita'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 15, 2022
  • 2 min read


Parti pemerintah Malaysia sejak 60 tahun lalu tidak pernah ingin melihat wanita mempunyai jiwa dan pemikiran merdeka.


Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, wanita yang merupakan penyokong kuat BN sering diperdaya dan dijadikan pak turut tanpa dibenarkan untuk berfikiran kritis.


"Mana dia (punca) kuasa golongan korup? Bank undi mereka adalah wanita. Mereka mahu kekalkan wanita golongan yang tidak mengerti apa apa.


"Biar bodoh jangan tahu isu 1MDB atau (kapal peronda) LCS, jaga anak anak. Jangan pandai sangat. Kalau ada dalam pendidikan pun, diajar jadi pak turut.


"Pendidikan itu untuk melatih dan melahirkan bukan orang pintar, biar dia jadi pakar tetapi tidak pernah berfikir kritis.


"Merdeka ertinya merdeka jiwa dan pemikiran," kata Anwar dalam pidato di Majlis Pelancaran Iltizam Wanita & Jentera PRU-15 petang tadi di Shah Alam, Selangor.


Tambah Anwar sebaik sahaja PH menang PRU 15, tindakan pertama yang akan diambil oleh beliau adalah meminda Perlembagaan Persekutuan terhadap mana mana peruntukan yang mendiskriminasi hak wanita di Malaysia.


"Jadi jangan gusar, sidang pertama Parlimen Malaysia kita pinda Perlembagaan ini," katanya disambut tepukan gemuruh para hadirin.


Ketua Wanita PH Negeri Sembilan menerima bendera perjuangan tanda bermula gerak kerja pilihan raya

Untuk itu, Presiden KEADILAN itu mengingatkan agar wanita PH bekerja keras memenangkan setiap kerusi yang ditandingi gabungan itu, agar mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan.


"Tidak ada ertinya perjuangan kalau tidak dapat kita terjemahkan, laksanakan. Dan untuk laksanakan itu kita mesti menang setiap kerusi yang kita tandingi.


"Baik asalnya KEADILAN atau DAP atau Amanah atau UPKO, atau mana mana yang kita sedang runding sekarang.


"Yang penting kita bawa perubahan dan memenangkan calon calon kita dengan bergaya," katanya lagi.


Dalam majlis berkenaan Datuk Seri Anwar turut menyampaikan bendera kepada Ketua ketua Wanita PH setiap negeri menandakan siapsiaga bertempur di medan pilihan raya yang akan bermula selepas penamaan calon yang dijangka pada hujung bulan ini.


Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page