top of page

ABIM kecam serangan Israel ke atas Masjid al Aqsa



Serangan dan pencerobohan pasukan keselamatan Israel ke atas Masjidil Aqsa dikecam sekeras kerasnya oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).


Menurut Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz, kekejaman terbaharu pasukan keselamatan rejim Zionis semalam yang mengakibatkan kecederaan parah kepada 7 orang jemaah Palestin selain ratusan yang lain cedera ringan ketika sedang beriktikaf di dalam masjid merupakan perbuatan yang amat tidak bertamadun.


"ABIM mengecam tindakan rejim Zionis yang bertindak kejam memukul para jemaah menggunakan belantan dan senapang hingga menyebabkan kecederaan dan sesak nafas.


"Saksi turut menyatakan polis Zionis menggunakan kekerasan yang berlebihan apabila mereka melempar bom tangan dan gas pemedih mata ke arah para jemaah yang sedang menunaikan solat dan bertadarus al-Quran.


"ABIM menegaskan tindakan tersebut adalah perbuatan biadab kerana ia dilakukan ke atas umat Islam yang sedang beribadah sempena bulan Ramadan yang mulia, yang terang-terangan tidak menghadirkan sebarang ancaman keselamatan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Faisal menegaskan pencerobohan tersebut merupakan jenayah terhadap kemanusiaan yang tidak wajar terus dibiarkan oleh masyaralat antarabangsa kerana memangsakan masyarakat awam, termasuk wanita serta kanak-kanak sepertimana dilaporkan media.


"Atas nama kebenaran dan keadilan, ABIM menggesa masyarakat antarabangsa untuk membuka mata serta menyatakan solidariti mereka bersama rakyat Palestin yang secara berterusan menjadi mangsa kekejaman Yahudi Zionis yang melangkaui norma kemanusiaan sejagat," katanya lagi.


Selain itu, ABIM menuntut pemimpin-pemimpin dunia khususnya dalam kalangan negara Islam termasuk Malaysia membuktikan solidariti dengan mengenakan tekanan politik sehingga kekejaman pasukan keselamatan Zionis itu dihentikan sama sekali.


Dilaporkan semalam sebanyak 400 umat Islam Palestin ditangkap, selain insiden kali ini juga menyebabkan kerosakan teruk kepada beberapa fasiliti utama Masjid al Aqsa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page