top of page

Zon Ekonomi Khas Johor-S'pura simbol kejayaan Kerajaan MADANI tarik pelabur

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 24 minutes ago
  • 1 min read


Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan projek atau inisiatif Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan.


Hal itu kerana zon berkenaan tidak pernah diperkatakan di peringkat negeri atau oleh UMNO-BN Johor sebelum Kerajaan MADANI dibentuk pada November 2022.


Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Fakharuddin Moslim (gambar) berkata amat tidak wajar sekiranya pentadbiran BN Johor atau sesiapa di peringkat negeri mendakwa kejayaan JS-SEZ merupakan usaha mereka tanpa bantuan kerajaan pusat.


Katanya, banyak inisiatif strategik direalisasikan menerusi kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan malah idea penubuhan JS-SEZ itu pun dari Menteri pusat.


"JS-SEZ lahir daripada hubungan diplomatik, dasar ekonomi dan rundingan antara kerajaan yang dipimpin oleh Kerajaan Persekutuan bersama Republik Singapura.


"Ia memerlukan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kestabilan politik, dasar ekonomi nasional dan komitmen Kerajaan Pusat dalam melaksanakan reformasi ekonomi," katanya kepada Suara Keadilan.


Oleh itu, kata Fakharuddin, amat tidak wajar menjelang Pilihan Raya Negeri Johor UMNO atau BN menyatakan secara sepihak JS-SEZ adalah hasil usaha mereka.


"Tidak adil untuk menafikan peranan besar Kerajaan Persekutuan dalam menjayakan inisiatif tersebut. Kita percaya kejayaan Johor adalah hasil usaha bersama.


"Namun rakyat juga bijak menilai siapa yang merangka dasar, membuka pintu rundingan antarabangsa, menarik keyakinan pelabur dan menyediakan ekosistem yang membolehkan pelaburan masuk," katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Tenggara.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page