Ziarah MADANI Indera Mahkota santuni nelayan, teliti pembaikan rumah
- Redzuan Shamsudin

- 1 hour ago
- 1 min read

Program Ziarah MADANI Indera Mahkota diteruskan di Kampung Balok Pantai dengan menziarahi kediaman seorang nelayan, Saudara Zamrifaizal Dzuani, dalam usaha menyantuni rakyat yang memerlukan.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhan Fauzi berkata, ketika kunjungan dilakukan, Zamrifaizal berada di laut mencari rezeki, mencerminkan kegigihan beliau sebagai ketua keluarga.
"Sewaktu kunjungan, Saudara Zamrifaizal sedang berada di laut membanting tulang sebagai nelayan.
"Saya amat kagum dengan ketabahan beliau sebagai bapa tunggal, di mana penyerahan sumbangan telah diwakili oleh adik beliau, Saudari Zuliana," katanya dalam muat naik di media sosial.
Menurut beliau, dimaklumkan keluarga berkenaan berdepan kekangan ruang kediaman yang tidak mencukupi untuk menampung jumlah ahli keluarga yang ramai.
"Dimaklumkan ruang rumah sedia ada tidak mencukupi untuk menampung ahli keluarga yang ramai.
"Justeru, permohonan bantuan pembinaan bilik tambahan telah dikemukakan bagi memastikan keselesaan mereka lebih terjamin," katanya.
Tambah beliau, permohonan tersebut akan dipanjangkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.
"InsyaAllah, permohonan ini akan dipanjangkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut," katanya.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan sumbangan turut disampaikan mewakili Datuk Seri Anwar sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.
"Sedikit sumbangan turut disampaikan mewakili YAB Perdana Menteri sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan rakyat," katanya lagi.
Beliau turut mendoakan agar Zamrifaizal sekeluarga terus diberikan kekuatan dalam menghadapi kehidupan harian.




Comments