Ziarah Kasih KEADILAN Kuantan santuni OKU di DUN Teruntum
- Redzuan Shamsudin
- 11 hours ago
- 1 min read

Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi baru baru ini meneruskan program Ziarah Kasih Parlimen Kuantan dengan mengunjungi kediaman Muhammad Termizi Abdul Majid, 52 tahun, di Lorong Seri Kuantan 24, Taman Seri Kuantan, DUN Teruntum, Parlimen Kuantan.
Muhammad Termizi terlantar akibat komplikasi strok sejak tahun 2020 dan kini menjalani rawatan berkala. Beliau dijaga sepenuh masa oleh isteri, Rohizan Awang, di rumah sewa mereka. Sekarang mereka bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diterima.
Dalam ziarah tersebut, Fakhrul Anuar menyampaikan sumbangan wang tunai dan kotak makanan Madani bagi meringankan beban keluarga tersebut. Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Cabang KEADILAN Kuantan untuk membantu golongan OKU dan asnaf di kawasan berkenaan.
Turut serta dalam ziarah ialah Albert Tan Siew Khong, Ketua Ranting Seri Kuantan Madani, dan Leong Mei San, Ketua Wanita Ranting Seri Kuantan Madani.
"Ziarah seperti ini penting untuk memastikan golongan memerlukan tidak terpinggir. Kita akan terus turun padang mendengar dan membantu rakyat di DUN Teruntum," kata Fakhrul Anuar.
Program Ziarah Kasih ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di seluruh Parlimen Kuantan.
