top of page

Walau dinafi peruntukan, Ahli Parlimen PH ada formula menang



Tidak sebagaimana pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang memberi peruntukan tahunan sebanyak RM100,000 kepada Ahli Parlimen Pembangkang, pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah Muhyiddin Yassin sebaliknya tidak memberi apa-apa dana kepada bukan wakil rakyat kerajaan.


Hal ini diakui oleh Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang. Menurut beliau yang juga ADUN Teja, bukan sahaja peruntukan peringkat parlimen disekat tetapi juga di peringkat negeri, sebaik sahaja kerajaan PH Perak tumbang.


"(Sekarang) kami ada masalah peruntukan. Peruntukan Ahli Parlimen sudah disekat, juga peruntukan DUN di peringkat negeri. Sekarang kita masuk balik ke zaman pembangkang (sebelum PRU 14) dulu," katanya kepada Suara Keadilan.


Namun sekatan itu, menurut Lih Kang, tidak melemahkan semangat wakil rakyat PH untuk berkhidmat di Perak. Tegas beliau, rakyat yang matang boleh melihat betapa demokratiknya pemerintahan di bawah PH sama ada di peringkat Pusat mahupun negeri yang tidak menganaktirikan pengundi. Rekod itu, kata Lih Kang merupakan senjata terbaik untuk kempen PH menjelang pilihan raya umum ke 15.


"Walaupun kita tak ada peruntukan tetapi kita masih ada peluang (menang dalam PRU 15). Iaitu kali ini, kita ada rekod baik sepanjang 22 bulan memerintah. Kita telah tunjukkan kepada rakyat, inilah cara kita memerintah.


"Macam mana kita agihkan peruntukan tanpa pilih kasih. Kita agihkan secara adil (walau kepada pengundi pembangkang). Saya rasa itu adalah kekuatan kita (yang akan dinilai rakyat). Saya rasa PH ada peluang mempertahankan kawasan yang telah kita menang," katanya lagi.


Chang Lih Kang merupakan wakil rakyat gelombang pertama kebangkitan pada PRU 2008, apabila berjaya merebut kerusi DUN Teja dengan majoriti tipis.


Namun beliau mempertahankan DUN itu dalam PRU 2013 dan 2018. Pada PRU 14 beliau turut berjaya merampas Parlimen Tanjung Malim dari BN dengan majoriti lebih 5,000 undi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page