top of page

Waktu pilihan raya boleh keluarkan pengundi, mengapa tidak untuk kempen vaksin?


Kerajaan Perikatan Nasional digalakkan menggunakan pendekatan "all out" mengeluarkan pengundi sewaktu pilihan raya umum bagi kempen suntikan vaksin Covid 19.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu, strategi mengeluarkan pengundi, terutama penyokong kerajaan dari segala ceruk rantau sepatutnya digunakan bagi membantu golongan kurang upaya, tiada pengangkutan atau tiada kemudahan telefon pintar untuk mendapatkan suntikan.


Suntikan vaksin pula, kata beliau lebih wajar dibuat di daerah-daerah atau kampung yang lebih mudah diurus berbanding Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega.


"Bagi saya penting kita cadangkan pusat vaksin di peringkat bawah. Tak perlu satu dua tempat baru yang besar.


"Ini lebih berkesan kerana di kampung (kita) lebih kenal siapa datang, tak datang. Di sini (Port Dickson) doktor laporan 30 - 40 (suntikan vaksin).

"Akhir minggu kita janji ada sukarelawan, AMK ada, dengan kenderaaan, teksi yang tiada kerja, kita kata tolong bantu. Ambil orang tua bawa ke mari, memenuhi jumlah (pendaftaran) vaksin .


"Sebab itu saya katakan alasan orang tak datang memang alasan haprak. Tidak munasabah, sebab masa pilihan raya dia boleh kerah semua orang datang, ada jentera. Itu yang kita tekankan," katanya dalam sidang media selepas melawat PPV Port Dickson di Dewan Belia dan Sukan Telok Kemang, petang tadi.


Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengkritik proses pengagihan vaksin yang perlahan di Malaysia.


Katanya, di Indonesia sehingga semalam 18 juta telah disuntik, di Turki beberapa puluh juta telah disuntik. Sedangkan di Malaysia hanya 2 juta penerima.


"Di Thailand mereka memudahkan (suntikan) di pasar raya dan mana-mana, diadakan tempat rakyat boleh daftar dan terus dapat suntikan.


"Kita ada MySejahtera, punya rumit. Tak apalah kita adakan sukarelawan daftarkan.


"Kita tekankan soal tempat dan penggunaan doktor swasta. Baru semalam diumumkan (doktor swasta suntik vaksin) dan itu diadakan pertengahan bulan. Saya tidak faham, doktor swasta semua vaksin boleh (suntik), anak-anak kita semua boleh buat. Tetapi yang ini begitu susah untuk dijalankan," katanya lagi.


Anwar juga menggesa kerajaan menyegerakan kelulusan vaksin beberapa jenis vaksin yang telah digunakan di negara lain tetapi tidak di Malaysia. Katanya, tidak ada makna pendaftaran penerima begitu pesat tetapi kelulusan vaksin begitu lambat.


"Jangan bebankan rakyat, pastikan kelulusan vaksin dibuat. Sinopharm belum, Sputnik v belum dan order kalau Sinovac melalui Pharmaniaga. Hal hal ini kita suarakan, dan kemarahan rayat meluap. (Mereka marah) Kerajaan Gagal mengendali isu vaksin," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page