top of page

Ustaz Rosidi tawar 7 teras manifesto DUN Penanti


Oleh: Abdullah Zaid


Manifesto setiap DUN menjadi fenomena baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi pengundi menilai apakah yang mereka akan perolehi selepas memilih seseorang calon.


Calon Pakatan Harapan (PH) N.12 DUN Penanti, Rosidi Hussain atau lebih dikenali Ustaz Rosidi menawarkan tujuh teras buat pengundi di kawasan itu.


Menurut beliau, tujuh agenda yang ingin dibawa ialah meningkatkan produktiviti pengeluaran padi bagi kawasan sentral negeri Pulau Pinang; Meneruskan usaha menjadikan Penanti sebagai destinasi eko-pelancongan nombor satu di Pulau Pinang dengan kekayaan biodiversiti pinggiran sungai dan kehidupan desa; Meningkatkan daya huni Penanti dari aspek menyediakan perumahan mampu milik dengan kerjasama agensi Wakaf Pulau Pinang.


Dalam sektor perniagaan pula, Ustaz Rosidi mahu mengggalakkan industri kecil sederhana (IKS) dan penaiktarafan gerai serta pasar malam.


Beliau juga akan merancakkan program jatidiri dalam meningkatkan semula 'self esteem' remaja serta mewujudkan kaunter tetap Cari Kerja untuk anak muda serta penambahan fasiliti sukan.


Meningkatkan pendidikan anak muda dan menyediakan kemudahan mencari kerja salah satu manifesto Ust Rosidi

Beliau akan berusaha mengembalikan minat belajar dalam kalangan pelajar sekolah yang terkesan pandemik dengan mewujudkan Pusat Tuisyen Rakyat (PINTAR) dan memperkenalkan Penanti sebagai daerah penghayatan ilmu Islam (thurath) dengan kembali merujuk kepada kitab-kitab asal serta membangunkan pengajian digital di masjid atau surau.


"Tekad ini mampu direalisasikan dengan adanya sokongan rakyat dan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan," kata Ustaz Rosidi lagi.


Rosidi yang berkelulusan bidang Undang-Undang Syariah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan berbekalkan pengalaman 10 tahun dalam bidang politik yakin mampu membawa khidmat terbaik kepada pengundi di DUN Penanti.


Pada PRN ini, beliau bakal bertemu dengan lawannya Zulkefli Bakar daripada PN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page