Tiga padang awam di DUN Batu Uban akan dinaik taraf
- Suara Keadilan
- Dec 6, 2023
- 1 min read

Tiga padang awam di kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Uban, Pulau Pinang akan dinaik taraf pada tahun hadapan.
ADUN kawasan berkenaan, Kumaresan Aramugam melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, naik taraf itu akan meliputi trek jogging, alatan senaman outdoor, ruang dataran, dan kemudahan lain.
"Kos keseluruhan untuk tiga padang awam ini mencecah RM500,000 dan peruntukan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
"Sebagai wakil rakyat saya selalu memberi penekanan kepada tempat hijau dan juga penyediaan kemudahan sebagai tempat beriadah," katanya melalui hantaran tersebut.
A. Kumaresan turut berkongsikan gambar perbincangan mengenai rancangan itu dengan Jabatan Landskap MBPP di pejabatnya.
Beliau sementara itu menjelaskan, usaha menaik taraf kemudahan terutama padang awam merupakan keutamaanya bagi memastikan keselesaan penduduk.
"Sejak saya menjadi Ahli Majlis MBPP dan seterusnya wakil rakyat banyak padang -padang awam yang telah dinaik taraf bagi menyediakan tempat untuk warga taman perumahan mengisi masa lapang bersama keluarga.
"Saya akan teruskan inisiatif ini dan akan bekerjasama dengan pihak pemegang taruh bagi merealisasikan impian menjadikan Batu Uban sebagai tempat komuniti untuk hidup, bekerja dan bermain," jelasnya.
Comments