top of page

Tiada jemputan rasmi mantan PM, kehadiran sambut merdeka tidak dihalang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 17 minutes ago
  • 1 min read
Laskar siber pembangkang menggunakan foto Tun M bersendirian menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai naratif politik menghentam Kerajaan Madani sejak pagi tadi. Foto kredit: Friend of Muhammad Sanusi
Laskar siber pembangkang menggunakan foto Tun M bersendirian menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai naratif politik menghentam Kerajaan Madani sejak pagi tadi. Foto kredit: Friend of Muhammad Sanusi

Kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pagi tadi tidak dihalang, namun pengurusan kehadiran bekas pemimpin berkenaan adalah tertakluk kepada tatacara jemputan rasmi yang ditetapkan kerajaan.


Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Haim Hamzah berkata, berdasarkan pengesahan Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan jemputan bagi acara rasmi utama Kerajaan Persekutuan, terdapat tatacara pengurusan jemputan yang berkuat kuasa bagi Sambutan Hari Kebangsaan.


"Berdasarkan amalan sejak tahun 2018, jemputan ke sambutan Hari Kebangsaan tidak dipanjangkan secara automatik kepada mantan Perdana Menteri.


"Walau bagaimanapun, kehadiran mana-mana bekas pemimpin tidak dihalang dan boleh diuruskan melalui permohonan pihak berkenaan, selaras dengan tatacara serta pengurusan jemputan rasmi yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Walau bagaimanapun, beliau yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 itu berkata, pihak urus setia pada masa sama menerima makluman daripada Pejabat Perdana Menteri bahawa Tun Mahathir berada di luar negara dari 28 hingga 31 Ogos 2026.


Katanya, perkara itu adalah berdasarkan permohonan kemudahan berehat ke luar negara yang telah diterima dan diluluskan oleh Perdana Menteri, selaras dengan ketentuan Saraan Bekas Perdana Menteri di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.


Penjelasan itu dibuat susulan beberapa pertanyaan berhubung kehadiran Tun Mahathir pada majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pagi tadi yang diungkapkan seolah olah negarawan berkenaan tidak dipedulikan oleh Kerajaan Madani dan bersendirian menyambut perayaan kemerdekaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page