top of page

Supol MB Selangor tinjau isu setempat di DUN Bukit Antarabangsa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Saifuddin (kiri) meninjau bersama ADN Bukit Antarabangsa berkenaan masalah rakyat
Saifuddin (kiri) meninjau bersama ADN Bukit Antarabangsa berkenaan masalah rakyat

Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui KEADILAN terus menekankan aspek kualiti pengurusan, perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat di semua peringkat.


Setiausaha Politik Menteri Besar, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, sokongan besar rakyat kepada pentadbiran sedia ada bukan alasan untuk lalai, sebaliknya menjadi suntikan semangat untuk menyelesaikan sebanyak mungkin masalah rakyat.


"Kemenangan adalah perkara yang besar, tetapi persediaan untuk menang adalah melebihi segalanya," katanya Ketua Penerangan KEADILAN Selangor itu dalam satu hantaran di Facebook


Hantaran itu menyusul program Jelajah Supol YAB Menteri Besar Selangor bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Antarabangsa Mohd Kamri Kamarudin, pada Khamis.


Dalam lawatan itu, Saifuddin meninjau beberapa isu setempat termasuk aduan jalan sempit di persimpangan Beverly Heights yang menyebabkan kesesakan serta risiko kemalangan.


"Perkara tersebut dibincangkan bersama wakil kontraktor dan pemaju EKVE untuk mencari penyelesaian.


"Kami kemudian meninjau tapak sekolah rendah yang masih belum dapat dibina atas beberapa isu. Penduduk di sini juga mengadu terpaksa menghantar anak sejauh Taman Melawati untuk bersekolah dan ini juga menjadi punca kesesakan teruk setiap pagi.


"Saya akan berhubung dengan Setiausaha Politik Menteri Pendidikan bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan perkara ini," jelasnya.


Pada program itu, Saifuddin turut menziarahi Mat Zain Mat Tahir, Siak Masjid Kampung Melayu yang menderita sakit saraf sejak awal tahun ini. Beliau turut singgah di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Antarabangsa bagi melihat operasi pejabat.


"Kakitangan pejabat begitu cakna dan mahir dengan tugasan mereka. Saya juga melihat bagaimana pengurusan dan perkhidmatan untuk rakyat dapat dipertingkatkan.


"Kerja keras ini membuktikan, walaupun DUN Bukit Antarabangsa kerusi selamat bagi KEADILAN, ia bukan alasan untuk kita mengambil jalan mudah," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page