top of page

Subsidi bersasar: KPKM adakan sesi libat urus, kenal pasti golongan sasar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 17, 2024
  • 1 min read

ree

Sesi libat urus bersama pihak berkepentingan sedang dilaksana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam usaha mengenal pasti golongan yang akan terbabit dalam pelaksanaan penyaluran subsidi secara bersasar.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penelitian secara terperinci perlu dilaksana bagi memastikan subsidi disalur kepada kalangan yang selayaknya.


Langkah itu sekali gus memastikan peruntukan kerajaan dapat dibelanjakan secara efisien.


"KPKM sentiasa menyokong hasrat kerajaan dalam usaha untuk melaksanakan penyaluran subsidi secara bersasar," katanya dalam hantaran di Facebook.


Terdahulu beliau menghadiri Mesyuarat Skim Kawalan Subsidi (SKD) 2.0 secara dalam talian bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Wisma Tani, Putrajaya.


Menurut Mohamad, sesi libat urus itu membabitkan pemain industri daripada sektor tanaman, ternakan, perikanan dan penyediaan perkhidmatan pertanian di bawah kementerian itu.


Pada 2 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi menjamin penyelarasan subsidi serta bantuan lebih adil selain mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi.


Pengenalan sistem subsidi bersasar itu adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital negara dengan jaminan setiap kemudahan kerajaan akan dinikmati penerima yang berhak.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page