top of page

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hentikan budaya takfiri - MP Batu Pahat



Oleh: Abdullah Zaid


Masyarakat diingatkan untuk mengelak perbuatan menyatakan umat Islam bukan daripada kelompok mereka sebagai sesat, rosak iman atau mengamalkan budaya takfiri.


Ahli Parlimen (MP) Batu Pahat, Onn Abu Bakar berkata, insiden serangan lelaki bertopeng membunuh dua anggota di Balai Polis Ulu Tiram baru baru ini yang daripada siasatan awal polis penyerang meyakini umat Islam selain beliau adalah sesat, perlu dijadikan pengajaran.


Hal itu, katanya, suspek melihat pihak berkuasa sebagai tidak Islam dan mungkin terpengaruh dengan kempen pembangkang yang mempunyai naratif konon Islam terancam, kerajaan zalim atau sebagainya.


"Sentimen politik kebencian sehingga menggunakan kafir mengkafir (takfiri) ini bagi saya wajar dihentikan kerana ia telah menjadi semakin parah sejak kebelakangan ini.


"Oleh itu, saya ingatkan kepada mana-mana termasuk pihak pembangkang, jangan menggunakan sentimen sebegini kerana ia jelas boleh mendatang kesan yang tidak baik untuk negara," katanya yang juga Setiausaha Politik Presiden KEADILAN.


Terdahulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan sebahagian dapatan hasil siasatan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mendapati suspek termasuk ahli keluarganya tidak suka bercampur dengan orang, selain menganggap orang di sekelilingnya rosak iman.


Kata Saifuddin, suspek tidak pergi sembahyang di masjid kerana masjid dibina oleh kerajaan. Kesannya, suspek meyakini bahawa hanya dia sahaja Islam sebenar dan orang lain kafir.


Justeru Saifuddin menegaskan, perbuatan mengkafirkan orang lain memberi implikasi besar termasuk boleh memutuskan silaturahmi sesama agama serta membawa implikasi buruk kepada masyarakat dan negara

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page