top of page

Segerakan projek perumahan FELDA - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read
PM dalam Sesi Ramah Mesra bersama Pengurus-Pengurus FELDA semalam di Bangi
PM dalam Sesi Ramah Mesra bersama Pengurus-Pengurus FELDA semalam di Bangi

Pelaksanaan program perumahan FELDA perlu disegerakan dan dimulakan tahun ini, tanpa menunggu proses Belanjawan akan datang.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu perumahan di tanah rancangan itu merupakan antara masalah legasi FELDA yang lama tertangguh dan perlu diselesaikan segera demi kebajikan peneroka.


"Saya minta pelaksanaan itu secepat mungkin, segera, tidak boleh menunggu sehingga Belanjawan (2027) kerana dikhuatiri menyebabkan pelaksanaan projek tertangguh sehingga tahun depan.


"Kalau kita tunggu bulan Oktober, November baru dilulus, Disember, Januari dan Februari mula kerja, lambat, tak siap. Jadi kita mula sekarang.


"Kalau soal bumbung, tandas, dinding rumah dan parit, tak payah tunggu. Laksanakan segera untuk membantu," katanya dipetik pada Sesi Ramah Mesra Pengurusan Tertinggi dan Pengurus Felda di Tenara Hotel and Suites, di Bangi pada Jumaat.


Sementara itu menerusi ucapan sama, beliau turut mengarahkan pengurusan FELDA supaya lebih proaktif dalam mengenal pasti masalah peneroka dan mendapatkan bantuan kementerian berkaitan tanpa perlu menunggu arahan daripada pihak atasan.


Semua kementerian berkaitan juga perlu bekerjasama membantu FELDA, termasuk dalam aspek pendidikan, pembangunan luar bandar, sains serta kemudahan lain untuk manfaat generasi FELDA.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page