top of page

Sambutan hangat MyKad Generasi Baharu tingkat tanggungjawab JPN

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
2 hours ago
1 min read

Sambutan dan perhatian masyarakat terhadap MyKad Generasi Baharu dilihat sebagai perkembangan positif yang menunjukkan rakyat mengambil berat terhadap dokumen identiti mereka.


Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias berkata, peningkatan permintaan terhadap MyKad Generasi Baharu turut meningkatkan tanggungjawab Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memastikan setiap cabaran berkaitan pengeluaran, sistem dan perkhidmatan ditangani sebaiknya.


"Saya melihat sambutan dan perhatian masyarakat terhadap MyKad Generasi Baharu secara positif. Ini menunjukkan rakyat mengambil berat terhadap dokumen identiti mereka.


"Apabila permintaan meningkat, tanggungjawab kita juga meningkat. Setiap cabaran dari segi pengeluaran, sistem, aliran pelanggan mahupun perkhidmatan perlu kita tangani dengan sebaiknya," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurut beliau, setiap masalah yang timbul perlu dilihat sebagai ruang untuk penambahbaikan dan bukan sekadar dipertahankan.


"Kalau ada masalah pada proses, kita baiki proses. Kalau ada kesesakan, kita urus kesesakan. Kalau ada kelewatan, kita cari puncanya. Kalau rakyat keliru, kita turun dan jelaskan.


"Tugas kita bukan mempertahankan masalah. Tugas kita adalah mencari penyelesaian," katanya.


Badrul Hisham turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga JPN yang terus bertungkus-lumus memastikan urusan berkaitan MyKad dapat dilaksanakan dengan baik.


"Terima kasih kepada seluruh warga JPN yang terus bertungkus-lumus di kaunter, bahagian pengeluaran, sistem serta di belakang tabir.


"Teruskan memberikan yang terbaik kerana akhirnya rakyat menilai kita melalui perkhidmatan yang mereka terima," katanya.


Beliau berkata, JPN akan terus memberi perhatian kepada maklum balas masyarakat bagi memastikan sebarang isu yang timbul dapat ditangani secara berkesan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page