SADA tempatkan tangki air di tempat strategik DUN Gurun
- Redzuan Shamsudin
- Apr 21, 2023
- 1 min read

Susulan jangkaan gangguan bekalan air pada Hari Raya Aidilfitri kali ini pihak Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) Kedah telah mula menempatkan tangki-tangki air di beberapa lokasi strategik di DUN Gurun, antaranya di Masjid Seri Jerai.
Bagi Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari, penempatan tangki air di lokasi strategik itu bersesuaian dengan janji pihak SADA dalam pertemuan beliau dan pengurusan syarikat air Kedah itu kelmarin.
"Dalam pertemuan itu kami telah berbincang panjang bagi mencari kaedah penyelesaian jangka masa pendek dan panjang bagi menangani krisis bekalan air yang telah berlarutan selama lebih 3 tahun.
"Saya juga turut berikan pandangan dan syor tertentu supaya masalah yang dihadapi rakyat Kedah, khususnya di Gurun akan menemui jalan penyelesaian terbaik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Firdaus yang menggantikan bapanya, Datuk Johari Abdul sebagai penyelaras pusat khidmat di DUN Gurun juga mengucapkan terima kasih kepada pihak SADA yang bersetuju untuk membuka Pusat Khidmat Setempat (PKS) di masjid Seri Jerai Gurun bagi memudahkan penduduk memperolehi bekalan air, membuat aduan dan mendapat maklumat secara terus daripada pihak SADA melalui kaunter PKS yang akan disediakan.
Daerah Sungai Petani dan DUN Gurun dijangka menghadapi gangguan bekalan air dan notis mengenainya telah dikeluarkan oleh pihak SADA sejak beberapa hari lalu.
Comments