top of page

Runding cara baik, selesai isu pembalakan hutan tanah adat di Baram

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 25
  • 1 min read

ree

Oleh: Helmi Mohd Foad


Semua pihak yang terbabit dalam isu bantahan terhadap aktiviti pembalakan di kawasan tanah adat Sungai Pelutan, Baram digesa mengadakan rundingan bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan cara baik, demikian kata Ketua Cabang KEADILAN Baram, Roland Engan.


Beliau yang juga peguam kepada Jawatankuasa Bertindak Tanah Adat Sungai Pelutan berkata bantahan telah dibuat pihak jawatankuasa tersebut dan laporan polis turut dibuat untuk pihak berkuasa melakukan tindakan selanjutnya.


"Saya sudah beritahu pegawai daerah, ADUN Telang Usan, Ahli Parlimen Baram, Pegawai Hutan Wilayah, Pengarah Hutan Sarawak, Pihak Cawangan Khas (PDRM Marudi), Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak, Ibu Pejabat Shin Yang Forestry dan Ibu Pejabat Malaysia Timber Certification Council (MTCC) tentang tersebut.


"Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua pihak untuk memberi ruang dan peluang untuk perkara ini melalui proses rundingan dengan baik," katanya dalam kenyataan.


Roland berkata, pihak berkuasa berkaitan sepatutnya tidak dikerahkan ke penempatan jawatankuasa bertindak tersebut tanpa notis awal selain tidak memperkenalkan diri atau memaklumkan peguam mereka terlebih dahulu.


Kata beliau kehadiran pihak berkuasa di situ telah menimbulkan kegusaran, kekeliruan dan kemarahan yang boleh menyebabkan insiden yang tidak diingini.


"Saya percaya beberapa laporan polis sudah dibuat oleh individu yang mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Adat Sungai Pelutan, Baram tersebut dan perlu siasatan segera," gesa beliau lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page