top of page

RMK-13: Dengar suara rakyat, capai matlamat Ekonomi MADANI



Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Ekonomi sedang giat melaksanakan pelbagai sesi libat urus bagi mendapatkan input dan cadangan yang akan diambil kira dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).


Menterinya, Rafizi Ramli berkata, sesi berkenaan adalah seperti mengadakan perbincangan, dialog dan mesyuarat dengan Kumpulan Perancang Antara Agensi (IAPG).


Beliau berkata, RMK-13 perlu dirangka dengan lebih holistik, strategik dan inklusif bagi mencapai matlamat Ekonomi MADANI untuk menstrukturkan semula ekonomi dan masyarakat ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan mutu hidup rakyat.


Katanya, bagi membolehkan kerajaan menggubal satu dasar komprehensif, pendekatan yang tangkas dan lebih mendekati rakyat amat diperlukan.


''Sehubungan itu, penglibatan pelbagai pihak dan semua lapisan masyarakat akan diambil kira.


''Pandangan dan cadangan yang disuarakan akan dijadikan input dalam usaha kerajaan merangka strategi dengan memperkenalkan beberapa reformasi yang lebih berani dan radikal,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (Barisan Nasional-Kuala Pilah) tentang mekanisme dan strategi yang dilaksanakan kementerian itu bagi memastikan program Jelajah MADANI Mendengar menjadi wadah terbaik dan berkesan untuk kerajaan mengumpul input dalam usaha merangka pelan RMK-13.


Menurut Rafizi lagi, persidangan permulaan bagi RMK-13 telah dianjurkan dengan kerjasama Bank Dunia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) pada 5 dan 6 September 2024.


Persidangan itu katanya, merupakan platform untuk berkongsi maklumat dan pengalaman daripada pakar tempatan dan antarabangsa mengenai trend mega, isu dan cabaran sosioekonomi, serta strategi yang bersesuaian untuk diambil oleh kerajaan dalam merangka dasar dan hala tuju RMK-13.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page