top of page

Ribuan rakyat Malaysia desak perang Gaza dihentikan



Oleh: Helmi Mohd Foad


Ketua Wanita KEADILAN bersama anggota sayap parti menyertai ribuan orang ramai pada perhimpunan Global Day of Action berhampiran bangunan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS), Kuala Lumpur hari ini bagi mendesak genjatan senjata segera sekali gus menghentikan perang di Gaza, Palestin.


Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan turut hadir bersama Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar bagi menunjukkan solidariti rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama bersama rakyat Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis.


Menjelang 100 hari perang Gaza yang tercetus sejak 7 Oktober lalu, sehingga kini Israel telah dikutuk oleh seluruh masyarakat dunia termasuk Eropah kerana kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin di Gaza yang dibom hampir setiap hari.


Dalam pada itu Pengerusi Kaukus Palestin di Parlimen Malaysia Syed Ibrahim Syed Noh (gambar atas) berkata banyak usaha telah dilakukan bagi menghentikan genosid yang telah dilakukan oleh Israel terbaru mengheret rejim itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).


"Kes ini ini tidak berlaku dalam sejarah mahkamah dunia di mana negara didakwa telah lakukan jenayah genosid dalam keadaan di mana kekejaman masih berterusan


"Afrika Selatan telah mendakwa Israel telah melakukan jenayah genosid dan melanggar konvensyen genosid 1948," katanya ketika berucap pada perhimpunan itu.


Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek beraksi bersama Exco Wanita menentang kezaliman Israel

Syed Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, Afrika Selatan yang membawa kes itu ke ICJ mengemukakan hujah bahawa Israel telah melakukan jenayah dengan membunuh wanita dan kanak-kanak selain mengebom hospital serta kem pelarian Palestin di Gaza.


Katanya, Israel juga didakwa menyekat bantuan kemanusiaan diberikan kepada rakyat Palestin di Gaza yang sedang menderita.


Jelasnya rejim itu juga jelas mempunyai niatu untuk menghalau keluar penduduk Gaza dan menghapuskan mereka dari bumi Palestin.


"Tetapi jawapan Israel ialah mereka mempertahankan diri daripada Hamas. Sedangkan sedar atau tidak mereka sebenarnya tiada hak menceroboh Palestin, mereka adalah penceroboh dan tidak boleh dakwa mahu mempertahankan diri," katanya.


Katanya Israel mendakwa mereka telah membawa masuk trak bantuan ke Gaza.


Namun rekod Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa sebelum perang sebanyak 500 trak bantuan dibawa masuk sedangkan selepas perang hanya 200 buah.


"Ia jauh daripada apa yang diperlukan oleh rakyat Palestin dan hujah dangkal ini mesti ditolak," katanya.


Syed Ibrahim juga menyelar sikap negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah yang tidak mempedulikan semua surat yang telah dihantar kepada mereka bagi menghentikan perang di Gaza.


Katanya mereka juga bersikap talam dua muka apabila satu ketika mendakwa mahu membantu Palestin tetapi dalam masa sama membantu kekejaman Israel.


"Mana boleh sebelah tangan mahu membantu Palestin tetapi tangan sebelah lagi dipenuhi darah," bidasnya.


Serentak itu, beliau menggesa agar tekanan berterusan dilakukan ke atas negara kuasa besar itu agar rakyat dan pemimpin mereka juga bangkit bagi mendesak agar perang dihentikan segera.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page