top of page

RCI TH diwujudkan era PN, siasatan SPRM bukan 'memangsakan' lawan - AMK Kelantan

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Dakwaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja 'memangsakan' pemimpin Melayu tertentu berhubung isu Tabung Haji (TH) adalah tidak berasas, kerana proses Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) itu telah bermula ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN), jauh sebelum Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kelantan, Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi (gambar) berkata, usaha menjadikan proses siasatan itu sebagai isu perkauman atau mendakwa ia 'bermotif politik' adalah sesuatu yang tidak wajar.


"Dakwaan kerajaan pimpinan PMX (PM Anwar) sengaja memangsakan pemimpin Melayu tertentu adalah tidak berasas.


"Perlu difahami bahawa RCI berkaitan Tabung Haji itu telah bermula ketika kerajaan PN berkuasa, bukannya selepas PH menerajui pentadbiran.


"Apa yang dilakukan ialah memastikan segala dapatan RCI diteliti dan tindakan sewajarnya diambil berdasarkan fakta serta proses undang-undang," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan penyokong pembangkang kononnya Kerajaan MADANI pimpinan PM Anwar sengaja memangsakan pemimpin Melayu tertentu dengan beberapa di antaranya ditahan reman dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika ini.


Mengulas lanjut, Mohamad Ezzat berkata, jika benar mahu melawan rasuah dan salah guna kuasa, tidak seharusnya ada sikap pilih kasih dalam menentukan siapa yang patut disiasat berdasarkan kaum, parti atau kedudukan.


"Prinsipnya mudah iaitu siapa sahaja yang mempunyai isu untuk dijawab, biarlah proses undang-undang menentukan kebenarannya.


"Inilah semangat reformasi yang perlu difahami oleh rakyat, khususnya anak muda, bukan memangsakan sesiapa tetapi memastikan amanah rakyat diurus dengan penuh integriti dan akauntabiliti.


"Bagi saya, Kerajaan MADANI juga perlu diberikan ruang untuk meneruskan agenda reformasi dan memperkukuhkan institusi negara," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page