top of page

Ranting tunjang kekuatan hadapi PRU16 - KEADILAN Pahang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Fakhrul Anuar berucap dalam MATC Kuantan disaksikan Ahli MPP Datuk Romli (tengah) dan pimpinan Pahang
Fakhrul Anuar berucap dalam MATC Kuantan disaksikan Ahli MPP Datuk Romli (tengah) dan pimpinan Pahang

Kepimpinan parti di semua peringkat diseru menghayati kepentingan organisasi akar umbi iaitu ranting bagi memperkukuh jentera menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, ranting memainkan peranan penting dalam memastikan pemerkasaan parti secara menyeluruh.


"Kita perlu memahami bahawa ranting adalah asas kekuatan parti kerana ia mendekatkan parti dengan komuniti setempat dan memperkenalkan perjuangan reformasi kepada akar umbi," katanya sempena pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kuantan 2026 di Dewan Sri Teja, Pusat Komuniti Madani Kuantan, baru baru ini.


Kenyataan beliau dibacakan oleh Pengerusi Tetap KEADILAN Kuantan, Muda Abdul Latif di hadapan kira-kira 200 pimpinan dan anggota cabang yang diketuai Ketua Cabang, Fakhrul Anuar Zulkawi.


Menurut Farhan, kewujudan ranting yang aktif membolehkan jentera pilihan raya digerakkan dengan lebih berkesan, termasuk mengenal pasti kecenderungan pengundi serta meningkatkan kadar keluar mengundi.


"Ranting juga berperanan melahirkan kepimpinan pelapis khususnya dalam kalangan anak muda serta mempercepatkan penyampaian maklumat kepada pengundi," katanya.


Beliau menambah, kekuatan sebenar parti dalam pilihanraya bukan hanya terletak pada pentas ceramah tetapi hasil kerja berterusan di peringkat akar umbi.


Sehingga Mac 2026, KEADILAN Kuantan dilaporkan mendahului 14 cabang di Pahang dengan penubuhan sebanyak 63 ranting di lokaliti mengundi.


Sementara itu, Fakhrul Anuar memaklumkan bahawa bagi menghadapi PRU16 di Parlimen Kuantan, seramai 600 anggota tegar cabang diperlukan untuk menyertai K50, iaitu unit penggemblengan jentera parti.


"Kita menyasarkan sekurang-kurangnya 30,000 pengundi memilih Pakatan Harapan sebagai parti pilihan di Parlimen Kuantan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page