top of page

PRN Johor: 'Poster boy BN PRN 2022 pun tidak jadi MB' - Nabil

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 1 day ago
  • 1 min read

Pemuda UMNO Johor diingatkan bahawa siapa bakal dipilih Menteri Besar tidak seharusnya dijadikan fokus utama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Muhammad Nabil Halimi (gambar) berkata, gesaan supaya Pakatan Harapan (PH) menamakan calon Menteri Besarnya hanyalah cubaan UMNO Johor mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dihadapi rakyat.


Tegas beliau, pengalaman lalu juga telah membuktikan individu yang diangkat sebagai ‘poster boy’ tidak semestinya akan menjadi menteri besar, sepertimana nasib 'poster boy' Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor 2022.


"Mungkin Azleen sudah lupa bahawa poster boy BN pada PRN Johor lalu (bekas MB) akhirnya tidak menjadi Menteri Besar.


"Rakyat ketika itu memberikan mandat kepada BN diketuai Datuk Hasni Mohammad namun akhirnya Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilantik menerajui Johor.


"Jadi, jelas pilihanraya bukan sekadar memilih siapa Menteri Besar, tetapi memilih pasukan yang mempunyai kemampuan mentadbir negeri dengan baik," katanya.


Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros baru-baru ini mengulangi gesaan Onn Hafiz supaya PH menamakan ‘poster boy’ atas alasan pengundi berhak tahu siapa yang akan diketengahkan sebagai calon menteri besar.


Sementara itu tambahnya, AMK turut senada dengan pendirian Pengerusi PH Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa bahawa PRN itu perlu dilihat sebagai pertandingan antara dua pasukan yang menawarkan hala tuju terbaik untuk masa depan negeri.


"Yang lebih penting ialah pasukan mana mampu mengangkat martabat Bangsa Johor dari sudut ekonomi, peluang pekerjaan, pendidikan dan kesejahteraan sosial bukannya sekadar memainkan polemik siapa bakal Menteri Besar," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page