top of page

PRN Johor Lancar, Industri Kreatif Terus Diberi Perhatian- Fahmi Fadzil

  • Writer: Abdul Rahim Razak
    Abdul Rahim Razak
  • 8 hours ago
  • 1 min read

PRN Johor Lancar, Industri Kreatif Terus Diberi Perhatian- Fahmi Fadzil


Kempen PRN Johor setakat ini berlangsung dengan baik dan tenang. Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, tiada isu besar yang menimbulkan masalah dan tiada banyak kejutan sepanjang tempoh berkempen.


Fokus kini adalah memastikan rakyat keluar mengundi dan membuat pilihan terbaik untuk masa depan Johor. Dalam masa yang sama, Fahmi turut menekankan potensi industri kreatif tempatan.


Misalnya, di Batu Pahat bukan sekadar port lepak, malah semakin dikenali sebagai hab band indie dengan budaya coffee culture yang vibrant serta program seni yang sentiasa meriah.


Ekosistem ini melahirkan ramai bakat baharu yang wajar diberi ruang untuk berkembang. Kerajaan komited membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni tempatan, termasuk band indie, melalui rakaman persembahan dan siaran di televisyen.


Langkah ini memberi peluang kepada bakat tempatan untuk tampil di pentas yang lebih besar, mencapai penonton yang lebih luas dan membuktikan karya anak Malaysia mampu berdiri sebaris dengan yang terbaik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page