top of page

PN dapat 6 Ahli Parlimen pun belum cukup majoriti pertahan kerajaan - Anwar

Updated: Mar 17, 2021



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diberi amaran agar tidak terus mencuba menggunakan apa sahaja cara bagi mempengaruhi Ahli-ahli Parlimen pembangkang melompat parti.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya PN dapat membawa keluar 6 Ahli Parlimen sekali pun, mereka belum tentu akan memperolehi majoriti.


"Saya tegaskan dengan tarik 5 - 6 orang ke PN, dia belum lagi mampu mendapat majoriti. Buat perkiraan, menteri-menteri kanan yang pandai matematik kira betul-betul.


"Sekarang dia dapat 3, dia dapat 6 pun belum cukup untuk jumlah 110 kerusi. Ini saya pasti, belum cukup," katanya dalam sidang media di Hotel Eastin, Petaling Jaya selepas mesyuarat bersama semua Ahli Parlimen KEADILAN, ketua pimpinan negeri dan Menteri Besar Selangor, Negeri Sembilan dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, petang tadi.


Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata dalam pertemuan dengan 36 Ahli Parlimen, Menteri Besar dan Ketua Menteri tersebut, beliau telah memperolehi ikrar tiada lagi yang akan melompat menyertai PN biar pun beberapa orang dilaporkan telah diugut dan ditawarkan ganjaran.


"Dengan ini juga membatalkan segara tohmahan ada yang yang diugut dan cuba dibeli untuk melompat. Saya sukacita mereka ini kekal dengan agenda perjuangan, dengan reformasi dan dengan satu tekad untuk membawa perubahan dalam negara


"Kita tidak berganjak dengan pendirian bahawa kita menghadapi satu sistem yang bobrok dan menularnya rasuah, keangkuhan kuasa seperti mana kita lihat, keputusan yang dibuat itu lebih banyak mendera rakyat dan tidak ada kesedaran serta kepedulian untuk berbincang dengan baik kerana proses demokrasi dimatikan.


"Ahli Parlimen, selain YB Natrah, Padang Serai, Sungai Siput, Putatan, Miri memang menyebut, ada yang menemui mereka dengan ugutan atau mempelawa dengan pelbagai sogokan dan umpan


"(Bagi saya) ini bukan politik. Ini politik yang disebut penipuan, menyalahgunakan kuasa dengan cara menekan," katanya.


Datuk Seri Anwar memberi taklimat kepada pimpinan

Anwar menegaskan dalam mesyuarat tersebut, pimpinan PH telah membangkitkan beberapa keresahan, sebagaimana disebut dalam kenyataan PH beberapa minggu lalu bahawa instrumen pemerintahan sama ada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, atau Lembaga Hasil Dalam Negeri digunakan untuk mendera Ahli-ahli Parlimen yang tidak mahu bersekongkol dengan pemerintah.

"Saya katakan Ahli-ahli Parimen, Menteri Besar dan Ketua Menteri tegas menyatakan kami tetap menyokong langkah membanteras jenayah, rasuah dan memastikan orang yang perlu bayar cukai tidak lagi dari membayar cukai


"Kita tidak pertahankan mana-mana pimpinan yang rasuah dari KEADILAN atau PN. Tetapi kita tidak setuju kalau ini dijadikan senjata. Dalam kes SPRM terbaharu, memang nyata ini dijadikan senjata politik. Kalau lompat siasatan ditangguh atau ditutup. Kalau tak lompat kamu akan didera.


"Ini mesti dihentikan. Saya pagi esok akan menulis kepada pesuruhjaya SPRM Azam Baki meminta diadakan pertemuan dengan beliau untuk menjelaskan hal yang sedemikian," katanya lagi.


Dengan melompatnya 3 Ahli Parlimen KEADILAN, kerajaan PN pada tanggapan umum telah mendapatkan 112 sokongan, berbanding 109 sebelum ini apabila 3 Ahli Parlimen Umno menarik diri.


Bagaimanapun secara matematik mudah, surat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong memohon darurat ditamatkan telah dihantar oleh 115 Ahli Parlimen, bermakna terdapat sejumlah 112 Ahli Parlimen di sebelah PH ketika ini (selepas 3 orang melompat) berbading di pihak kerajaan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page