PM ucap selamat kepada calon terima keputusan permohonan ke IPT
- Akmal Manaf

- May 22
- 1 min read

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan keputusan permohonan UPUOnline untuk masuk ke Institusi Pengajian tinggi (IPT) yang diumumkan secara rasmi hari ini.
"Mudah-mudahan InsyaAllah berjaya. Yang penting lepas dapat, fokus (kepada) pendidikan," katanya ketika ditemui Suara Keadilan sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mutaqqin, Wangsa Maju, Kuala Lumpur tengah hari tadi.
Ucapan tersebut turut dizahirkan kepada Nur Athirah Iman Shaifulamirul yang ditemui di situ.
Nur Athirah berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Seni Reka Fesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Anwar yang juga Presiden KEADILAN sememangnya terkenal dengan komitmen dan latar belakang yang mendalam berkait bidang pendidikan dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dari tahun 1986 hingga 1991.
Hari ini, penantian ribuan lepasan SPM akhirnya terjawab apabila semakan keputusan UPU 2026 bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi MARA Bahagian Pendidikan Tinggi mula dibuka.
Calon boleh membuat semakan secara dalam talian bermula jam 12 tengah hari melalui portal rasmi UPUOnline serta aplikasi UPUPocket.




Comments