PM Anwar sumbang juadah berbuka puasa kepada warga HTAA
- Azuan Ab Rahman

- 1 hour ago
- 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membuktikan keprihatinannya apabila menyumbangkan juadah berbuka puasa kepada warga kerja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, beliau mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan itu menerusi Program Agihan Rezeki Ramadan MADANI: Apresiasi Barisan Hadapan itu pada Sabtu.
"Program ini merupakan cetusan ilham Perdana Menteri bagi menghargai peranan petugas barisan hadapan yang berkhidmat kepada negara," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dalam pada itu, Farhan memaklumkan, turut beramah mesra bersama jururawat serta doktor yang sedang bertugas di Wad Bersalin hospital berkenaan.
Beliau berharap sumbangan disampaikan Perdana Menteri itu menjadi tanda penghargaan terhadap dedikasi dan pengorbanan warga kerja hospital yang terus setia menjalankan amanah kepada masyarakat.




Comments