top of page

Pertandingan lima penjuru di DUN Api Api

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 15, 2025
  • 1 min read

Thonny Chee (kanan sekali) sah sebagai calon Pakatan Harapan bagi kerusi N20 Api Api
Thonny Chee (kanan sekali) sah sebagai calon Pakatan Harapan bagi kerusi N20 Api Api

DUN N20 Api Api yang dipertahankan Pakatan Harapan - KEADILAN menghadapi persaingan lima penjuru dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (Sabah) ke 17.


Hal itu dinyatakan oleh Pegawai Pengurus bagi bahagian pilihan raya N20 Api-Api selepas proses penamaan calon selesai di Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabah.


Beliau mengesahkan semua calon layak bertanding setelah semua kertas pencalonan disemak.


"Saya telah menyemak kertas penamaan dan setelah selesai disemak tiada ditolak kertas penamaannya," katanya.


Lima calon yang disahkan bertanding ialah Ng Chun Sua (Parti Impian Sabah); Ting Shu Kiong (STAR); Datin Soh Kee Suat @ So Chee Say (Parti Bumi Kenyalang); Loi Kok Liang (Warisan) dan Thonny Chee (Pakatan Harapan)


Menurut pegawai pengurus, susunan nama calon di atas kertas undi ditetapkan ialah Ng Chun Sua, Ting Shu Kiong, Soh Kee Suat, Loi Kok Liang dan Thonny Chee


Kempen selama dua minggu dijangka berlangsung sengit memandangkan Api-Api merupakan kerusi tumpuan di kawasan pusat bandar Kota Kinabalu, dengan pertembungan pelbagai parti mewakili spektrum politik Sabah dan nasional.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page