top of page

Perjuangan Anwar angkat penderitaan Palestin di semua forum

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 22, 2024
  • 1 min read

ree

Perjuangan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar membela dan mengangkat penderitaan rakyat Palestin tidak mengira masa dan tempat.


Bagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan, tindakan PM menyuarakan nasib rakyat Palestin di satu forum cendekiawan sewaktu lawatannya ke India membuktikan Anwar seorang pejuang ummah sejati.


"Meskipun beribu batu jauhnya dari bumi Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mengulangi pendirian tegas Malaysia, mengecam kekejaman rejim Zionis Israel ke atas umat Palestin yang tidak berdosa.


"Beliau menyentuh aspek kemanusiaan dalam melawan penjajahan untuk membantu memahamkan dunia tentang krisis di Gaza.


"Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala melindungi PM, Palestin dan Malaysia," katanya di Facebook.


Anwar kelmarin menyampaikan syarahan umum bertajuk 'Towards a Rising Global South: Leveraging Malaysia-India Ties’ di Sapru House Indian Council of World Affairs (ICWA). Beliau kemudian menyatakan mengenai isu Palestin dalam sesi tanya jawab pada forum itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page