top of page

Peratusan 51% masih rendah, jumlah keluar mengundi perlu ditingkatkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 6, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Meskipun cuaca tenang dan redup pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap namun kelebihan itu tidak mengeluarkan pengundi sebanyak mungkin menjalankan tanggungjawab mereka.

ree
Peratusan keluar mengundi tinggi PH menang

Tinjauan Suara Keadilan di beberapa pusat mengundi termasuk Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng dan beberapa pusat pembuangan undi lain mendapati keadaan tidak sesak dengan kehadiran para pengundi. Rata-rata yang hadir adalah warga emas selain trafik masih berjalan lancar.


Dalam pada itu, kelihatan anggota keselamatan dan sukarela mengawal kenderaan dengan baik dan memberi keutamaan kepada pengundi warga emas untuk memudahkan mereka masuk ke pusat pengundian.


Perkembangan terkini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan 51.32% keluar mengundi setakat jam 3.00 petang tadi.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dalam kenyataan kepada Suara keadilan kelmarin berkata calon PH berpeluang untuk menang sekiranya peratusan keluar mengundi mencapai 65%.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page