Penyokong KEADILAN iringi calon N20 Api Api seawal pagi
- Suara Keadilan

- Nov 15, 2025
- 1 min read

Calon dan penyokong Pakatan Harapan-KEADILAN bagi DUN N20 Api Api telah berkumpul di sekitar Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabah sejak pukul 8.00 pagi, yang mana proses penamaan calon akan berlangsung.
Wartawan Yuisriah melaporkan beberapa pemimpin KEADILAN pusat seperti Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang; Bendahari Agung KEADILAN, William Leong; pemimpin KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit; dan beberapa pemimpin KEADILAN Sabah turut kelihatan mengiringi calon N20 Api Api, Thonny Chee.
Beliau merupakan Timbalan Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah dan berpendidikan Sarjana Muda Undang Undang.
DUN Api Api merupakan kubu kuat KEADILAN di Sabah yang sebelum ini dipertahankan oleh mantan ADUN Christina Liew Chin Jin.
KEADILAN menang di Api Api dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, kemudian PRU 2018 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020.
Proses penamaan calon akan berlangsung selama sejak dari pukul 9.00 hingga 10.00 pagi.
PRN ke 17 ini bagi menentukan pembentukan kerajaan baharu Sabah oleh 1.7 juta pengundi berdaftar.
Hari mengundi ditetapkan pada 29 Nov manakala pengundian awal bagi anggota tentera dan polis pada 25 Nov.









Comments