Penyimpangan akidah: Kerajaan tiaak akan berkompromi – Dr Zulkifli


Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang amalan yang terbukti menyeleweng daripada akidah Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan pendirian itu susulan penularan rakaman video memaparkan seorang individu Melayu didakwa terlibat dalam ritual keagamaan bukan Islam
"Kerajaan tegas dalam memelihara kesucian akidah umat Islam dan tidak berkompromi terhadap sebarang amalan yang terbukti menyeleweng daripada akidah," katanya dalam satu kenyataan
Satu akaun Facebook baru-baru ini mendedahkan pembabitan pemuda berusia 21 tahun yang didakwa mengamalkan pelbagai ritual keagamaan, ramalan kad Tarot dan kepercayaan spiritual lain termasuk ajaran New Age Movement (NAM) menggemparkan masyarakat.
Individu tersebut turut didakwa mengaku dirinya seorang pawang, boleh jampi pesakit menggunakan mantera Siam dan meruqyah dengan zikir.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, pihaknya mengambil maklum dan memandang serius penularan video tersebut di media sosial.
"Tindakan sewajarnya sedang diambil bersama pihak berkuasa dan tindakan lanjut bakal dilaksanakan mengikut bidang kuasa serta peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa," jelasnya.




Comments