top of page

Penyelaras DUN Gurun anjur Jualan Rahmah di Jeniang

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Sep 30, 2023
1 min read


Meskipun tidak terpilih sebagai ADUN Gurun dalam Pilihan Raya Negeri lalu, Firdaus Johari sebagai Penyelaras DUN Gurun tetap membantu penduduk di kawasan berkenaan dalam menstabilkan kos kehidupan mereka.


Hari ini, Pusat Khidmat DUN Gurun menganjurkan Jualan Rahmah di KEDA Kampung Berjaya, Batu 10, Jalan Jeniang bagi memberi peluang penduduk setempat membeli barangan keperluan dengan harga diskaun.


"Hari ini saya meluangkan masa bersama-sama dengan penduduk dalam Program Jualan Rahmah yang diadakan di KEDA Kampung Berjaya, Batu 10


"Program Jualan Rahmah ini mendapat sambutan yang cukup baik dari kalangan penduduk setempat.


"Program bermanfaat ini hasil cetusan idea Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dengan kerjasama pelbagai. Jualan ini ternyata dapat membantu meringankan beban rakyat terutamanya mereka yang datang dari kalangan golongan berpendapatan rendah," katanya dalam catatan di Facebook.


Firdaus (kiri sekali) tetap berbakti di DUN Gurun meskipun tidak dipilih sebagai wakil rakyat

Selain kawasan Jeniang, Firdaus juga telah mengatur Program Jualan Rahmah di beberapa kawasan di DUN Gurun.


"Dalam masa terdekat disusun Program Jualan Rahmah ini ke beberapa lokasi strategik yang lain dalam kawasan Gurun bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah serta rendah.


"Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bekerjasama dan bertungkus-lumus dalam menjayakan Program Jualan Rahmah pada kali ini," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page