top of page

Penurunan hutang negara buktikan komitmen kerajaan - PM



Hutang negara bagi tempoh 2023 dan tahun ini menyaksikan penurunan berbanding tempoh 2021 dan 2022.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu perkongsian di laman Facebooknya berkata, pencapaian itu sekaligus membuktikan komitmen pentadbirannya memenuhi janji menurunkan hutang terkumpul yang mencecah RM1.5 trilion.


"Umpamanya 2021, 2022, kita berhutang dari luar dan dalam RM100 bilion. Hutang 2022 RM100 bilion. Sejak kita ambil alih pada 2023, kita beritahu keadaan ini tidak boleh kita pertahankan dengan hutang yang berlonggok dan bertambah.

"Maka tahun lalu, kita kurangkan hutang ke RM93 bilion dari RM100 bilion sebelumnya, atau tahun sebelumnya. Tahun ini, hutang RM86 bilion. Kuranglah maknanya, dari RM100 bilion jadi RM93 bilion, sekarang RM86 bilion," katanya dipetik.


Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan, pentadbirannya diserang di media sosial dengan fakta-fakta tidak benar yang tidak mengambarkan fakta sebenar pertumbuhan ekonomi.


"Sebahagiannya itu hanya lontaran politik yang tidak bertanggungjawab sebab saya berikan angka-angka ini dan angka-angka ini dipertahankan dari sudut kebenarannya," jelas beliau.


Beliau sementara itu berkata, had statutori hutang negara ketika ini masih tinggi iaitu 64 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


"Ini jumlah yang memang melebihi daripada apa yang kita rasakan membantu untuk menambat keyakinan pelabur asing atau domestik. Jadi sasaran kita secara berperingkat menurunkan kepada sekurang-kurangnya 60 peratus.


"Ini ada kaitan dengan defisit. Dulu defisit belanjawan, maknanya pendapatan kurang, belanja lebih. Jadi dulu mencecah sehingga enam peratus. Kemudian bila kita ambil alih, 5.6 peratus pada 2022. Manakala pada 2023, turun kepada lima peratus," tambahnya.


Anwar sementara itu berkata, kerajaan berusaha menurunkan secara berperingkat daripada 5.6 peratus defisit kepada 5.0 peratus pada 2023, seterusnya ke tahap 4.3 peratus seperti diunjurkan tahun ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page