top of page

Pengundi DUN Sementa berang dengan pengkhianatan Daroyah


Selepas Daroyah Alwi umum keluar dari KEADILAN dan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), pengundi kawasan DUN Sementa dilihat begitu berang dengan tindakan wakil rakyat itu.


Ini boleh dibuktikan menerusi perkongsian gambar yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter, FiqhTabayyun yang menunjukkan beberapa sepanduk dipamerkan di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sementa, Klang.


Rata-rata sepanduk tersebut mengecam tindakan Daroyah, antaranya 'Mak Lampir Pengkhianat' dan 'Berambus Daroyah'.

Malah, ada sepanduk yang tertulis 'Daroyah Lepaskan Jawatan Adun N43' sekali gus menunjukkan bahawa pengundi Sementa sudah mula menolak Daroyah selaku wakil rakyat di kawasan itu.


Ini bermakna, pengundi yang pernah mengundi Daroyah juga akan menolak pemimpin itu serta-merta jika beliau bertanding lagi pada pilihan raya akan datang.


Daroyah sudah dilantik sebagai ADUN Sementa selama dua penggal di bawah lambang KEADILAN, tetapi nampaknya masa depannya sebagai wakil rakyat di kawasan itu sudah berakhir.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page