top of page

Pendakwah harus bersikap cermat, tawaduk kupas isu agama - Dr Na'im



Pendakwah tidak sepatutnya menggunakan pendekatan kasar atau mengecam dalam menyampaikan dakwah.


Hal itu ditegaskan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan hari ini mengulas tindakan pendakwah Ustaz Azhar Idrus yang mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengupas pengajaran al Quran berhubung peristiwa Ashabul Kahfi.


"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berasa sungguh kesal dengan kegopohan seorang pendakwah yang telah mengeluarkan bahasa kasar hingga membuat tohmahan bahawa pemimpin negara sebagai sesat serta jahil ketika membincangkan iktibar dari kisah Ashabul Kahfi (pemuda al-Kahfi) di dalam al-Quran kepada para penjawat awam baru-baru ini. Tuduhan tersebut amatlah ekstrem serta keterlaluan.


"Hakikatnya, pemimpin negara tersebut tidak pun menyatakan para pemuda Ashabul Kahfi itu sebagai golongan tidak beriman, sebaliknya beliau telah mempertegaskan keimanan Ashabul Kahfi dalam ucapannya


"Dalam ucapan tersebut, pemimpin negara telah mengajak para penjawat awam mengambil iktibar dari kisah tersebut dan mengajak seluruh rakyat agar menjadi warganegara yang berprinsip selaras dengan dasar kebenaran dan keadilan dalam kehidupan berpandukan keteguhan keyakinan pemuda al-Kahfi itu.

"Malah huraian terhadap konteks peristiwa itu juga adalah tepat sebagaimana rujukan sumber-sumber tafsir dan tulisan ilmiah di mana kisah Ashabul Kahfi telah berlaku di zaman pemerintahan kaum Nasrani atau Kristian," katanya.


Dr Na'im berkata, ucapan PM itu selari dengan penjelasan yang dibuat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam isu pemuda Al-Kahfi yang boleh dirujuk kepada Irsyad Al-Hadith Siri ke-50: Kisah dan Bilangan Ashabul Kahfi, pada April 2016 dan Bayan Linnas Siri ke-286: Adakah Ashab al-Kahfi Beragama Kristian?, Disember 2023.


​Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru umat Islam untuk sentiasa merujuk isu-isu dan permasalahan keagamaan kepada pihak berkuasa agama Islam seperti Pejabat atau Jabatan Mufti Negeri-Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri yang berautoriti dalam perkara berkaitan.


"Jabatan Perdana Menteri ingin menasihati para agamawan di negara ini agar bersikap cermat, memelihara adab dalam menyampaikan dakwah, tawadhu’ dalam menyebarkan risalah agama agar tidak terjebak dengan penyakit takabbur dengan ilmu yang dimiliki.


"Para pendakwah perlu menghayati nilai-nilai hikmah demi memelihara kemaslahatan perpaduan masyarakat yang berakhlak, bersatu padu dan sejahtera.

"Sebarang ucapan dan ceramah yang berbaur sentimen perpecahan dan kebencian sesama sendiri perlu dihentikan," katanya lagi.


Baru baru ini, ustaz Azhar dalam menjawab pertanyaan pendengar kuliahnya mendakwa PM jahil dan sesat apabila berkata pemuda Ashabul Kahfi beragama Kristian yang disifatkannya agama baharu dan tidak mengesakan Allah.


Sedangan peristiwa Ashabul Kahfi berdasarkan sejarah, berlaku pada era Nabi Isa a.s dan agama pada ketika itu adalah Nasrani yang pada waktu ini untuk memudahkan pemahaman berdasarkan situasi semasa disebut Kristian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page