Penamaan calon N23 DUN Petagas di Dewan Sri Putatan
- Suara Keadilan

- 5 days ago
- 1 min read

Penamaan calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah bagi DUN Petagas hari ini berlangsung di Dewan Sri Putatan.
Wartawan Suara Keadilan, Helmi Foad melaporkan pada pukul 8.00 dewan tersebut telah dibuka dan para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula masuk dan membawa dokumen yang diperlukan untuk proses penamaan calon.

"Semua proses penamaan calon dilakukan serentak di 73 DUN seluruh Sabah.
"Dewan Sri Putatan pula untuk kawasan DUN N22 Tanjong Aru, N23 Petagas dan N24 Tanjung Keramat," katanya.
Pakatan Harapan-KEADILAN akan menurunkan calon di DUN Petagas, iaitu Awang Husaini Sahari yang merupakan Ketua Cabang KEADILAN Putatan dan juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Malaysia.
Proses penamaan calon akan berlangsung selama sejak dari pukul 9.00 hingga 10.00 pagi.
PRN ke 17 ini bagi menentukan pembentukan kerajaan baharu Sabah oleh 1.7 juta pengundi berdaftar.
Hari mengundi ditetapkan pada 29 Nov manakala pengundian awal bagi anggota tentera dan polis pada 25 Nov.









Comments