top of page

Pemilik tanah perlu berunding, jangan terus usir - ADUN Batu Uban

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Pertikaian antara penduduk Kampung Batu Uban dan pemilik tanah yang memberi notis makluman mengarahkan berpindah tanpa sebarang perbincangan bersama wakil rakyat atau penduduk seharusnya dihindarkan.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan, walaupun pemilik tanah atau pemaju mempunyai hak mengarahkan penduduk berpindah tetapi hal itu perlu didahului rundingan dan perbincangan secara formal.


Katanya, beliau sudah mengadakan pertemuan bersama penduduk pada 20 Jun lalu bagi melihat jalan penyelesaian lebih baik kepada isu tersebut.


"Saya sudah berhubung dengan pemaju dan jelaskan bahawa perbincangan secara formal perlu dilakukan dengan turut membabitkan wakil rakyat, Kerajaan Negeri dan penduduk.


"Pengesahan juga dilakukan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut dan difahamkan mereka tidak terima surat mengenainya," katanya dipetik Metro.


Kumaresan menjelaskan, pihaknya bersama penduduk mahu proses perpindahan dilakukan secara aman dan memastikan penduduk diberi pampasan.


Katanya, Kerajaan Negeri juga ada polisi bahawa setiap pembangunan perlu memastikan pemilik rumah dapat pampasan sewajarnya.


"Kita tidak tentang pembangunan, tetapi ia perlu dilakukan secara adil dan holistik. Jadi, kita akan bincang dengan pemaju dan ia bukan proses mudah tetapi mungkin membabitkan tempoh yang panjang," ujarnya.


Untuk rekod, surat makluman arahan berpindah itu diterima 17 pemilik rumah pada minggu lalu, selepas tanah milik sebuah syarikat hartanah yang menempatkan rumah mereka dibeli oleh syarikat pemaju baharu.


Wakil penduduk, Martini Saad, 49, berkata kepada Metro, surat itu diserah oleh individu mendakwa wakil syarikat yang datang ke setiap rumah penduduk terbabit.


Katanya, notis itu menuntut penduduk berpindah keluar dari rumah dalam tempoh setahun dua.


Bagaimanapun, kata Martini, penduduk tidak tahu mahu berpindah ke mana kerana tiada janji akan diberi pampasan atau sebagainya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page