top of page

Pembangunan jalan: 'Hormati prosedur PBT, jangan salahkan wakil rakyat'

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • Jul 16
  • 1 min read
David (tengah) bersama penduduk Cheras Idaman dalam lawatan kerja beliau ke kejiranan berkenaan
David (tengah) bersama penduduk Cheras Idaman dalam lawatan kerja beliau ke kejiranan berkenaan

Proses kelulusan kerja-kerja jalan dan pembangunan di Cheras Idaman bukan berada di bawah kuasa Ahli Dewan Negeri (ADN), sebaliknya tertakluk kepada penelitian teknikal serta prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa tempatan (PBT).


ADN Kajang, David Cheong Kian Young menjelaskan, peranan seorang wakil rakyat adalah menyampaikan aduan dan suara masyarakat kepada agensi berkaitan serta memantau agar tindakan penyelesaian dapat dilaksanakan segera demi kepentingan penduduk.


"Bagaimanapun, saya kesal apabila masih terdapat pihak yang terus menyalahkan wakil rakyat setiap kali timbul sesuatu isu, sedangkan keputusan berkaitan kelulusan jalan, pembangunan atau kerja-kerja infrastruktur dibuat berdasarkan proses pentadbiran dan SOP yang telah ditetapkan PBT.


"Setiap kelulusan bagi kerja-kerja yang melibatkan jalan dan pembangunan tidak boleh dibuat secara sewenang-wenangnya, sebaliknya, ia perlu melalui penelitian serta penilaian teknikal oleh pegawai Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengikut SOP, garis panduan dan peraturan yang berkuat kuasa.


"Sebarang permohonan hanya boleh diluluskan selepas memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh jabatan teknikal berkaitan.


"Justeru, proses kelulusan adalah tertakluk kepada pertimbangan profesional pegawai yang diberi kuasa, bukannya keputusan individu atau wakil rakyat," katanya dalam kenyataan.


Sehubungan itu, David Cheong menyarankan orang ramai agar mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan memahami proses sebenar sesuatu kelulusan sebelum membuat sebarang kesimpulan bagi mengelakkan berlaku salah faham.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page