top of page

Pelaburan rugikan Tabung Haji lambatkan jemaah tunai haji – Altimet

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 18 hours ago
  • 2 min read
Syed Ahmad menerangkan secara mudah kerugian Tabung Haji dalam ceramah kelompok, malam tadi
Syed Ahmad menerangkan secara mudah kerugian Tabung Haji dalam ceramah kelompok, malam tadi

Pelaburan yang tidak menguntungkan Tabung Haji (TH) telah memberi kesan langsung kepada pendeposit, termasuk berpotensi melambatkan hasrat mereka untuk menunaikan ibadah haji, kata Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad atau Altimet.


Beliau berkata, TH bukan sekadar institusi simpanan, sebaliknya turut berperanan mengurus dan melaburkan dana pendeposit bagi membantu mereka mencapai matlamat menunaikan haji dengan dividen yang dibayar setiap tahun.


"Tabung Haji kerajaan Malaysia buat selain menyimpan, boleh melabur. Lebih cepat orang boleh pergi haji.


"Tabung Haji ini dua dalam satu. Bila simpan dalam Tabung Haji ada niat nak pergi haji," katanya dalam ceramah kelompok dengan tajuk "Sedar: Selamatkan Dana Rakyat", malam tadi di Ampang.


Bagaimanapun, Syed Ahmad berkata, terdapat pelaburan TH pada masa lalu yang tidak memberikan keuntungan kepada pendeposit, termasuk pelaburan berkaitan pajakan hotel di Arab Saudi.


"Tabung Haji melabur untuk memajak hotel di Arab Saudi, RM1.5 bilion (tetapi) tak ada apa-apa dokumen yang lengkap.

Syed Ahmad Syed Abdul Rahman
Syed Ahmad Syed Abdul Rahman

"Kita beli rumah pun tebal dokumen. Macam mana melabur hotel tak ada paper (perjanjian lengkap). Kita pergi beli di supermarket pun ada resit," katanya menerangkan secara mudah urusniaga pada 2015, 2016 dan 2017, yang mana TH telah memajak empat hotel di Mekah dan Madinah, dan TH hanya mendapat Nota Janji (PN) yang dijamin secara peribadi oleh pemilik syarikat Al-Rawda.


Menurut beliau, perkara itu antara sebab Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diwujudkan bagi menyiasat perkara yang berlaku dalam pengurusan TH.


"Sebab itu ada RCI ditubuhkan semasa kita bukan kerajaan. Suruhanjaya Siasatan Diraja, bila ada benda tak baik berlaku dibuat RCI. Ini siasatan tertinggi.


"Dia panggil pakar-pakar seperti pakar kewangan, dapatan RCI ini sukar nak disangkal," katanya.


Syed Ahmad turut menjelaskan bahawa istilah yang digunakan dalam dapatan RCI bukanlah ‘sakau’, sebaliknya merujuk kepada apa yang dikenal pasti sebagai creative accounting.


"Tiada sakau tetapi berlaku creative accounting. RCI ini rasmi, takkan nak pakai perkataan sakau," katanya.


Beliau berkata, kesan daripada pelaburan yang tidak memberikan pulangan sewajarnya bukan sekadar isu kewangan, sebaliknya boleh memberi kesan kepada hasrat pendeposit untuk menunaikan rukun Islam kelima.


"Pelabur simpan duit nak pergi haji. Kalau pelaburan merugikan bertambah lambat pergi haji.


"Berapa ramai usia lanjut disebabkan pelaburan tak betul tak sempat pergi haji," katanya.


Dalam pada itu, Syed Ahmad berkata, Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan haji dan pembangunan institusi seperti TH serta FELDA sehingga menjadi rujukan pihak luar.


"Negara lain nak buat Tabung Haji, nak buat FELDA. Amerika Selatan nak belajar buat FELDA, sampai Rosyam Noor buat filem, boleh belajar buat FELDA.


"Malaysia ini buat benda yang orang lain tak fikir sampai orang nak tiru kita. Dalam hal pengurusan haji yang bagus ialah Malaysia,” katanya.


Sehubungan itu, beliau menyifatkan isu pengurusan TH sebagai sesuatu yang wajar diberi perhatian serius kerana ia melibatkan amanah wang rakyat.


Syed Ahmad turut mengingatkan supaya perhatian tidak hanya diberikan kepada nilai keseluruhan dana TH, sebaliknya mengambil kira pendeposit kecil yang menyimpan sedikit demi sedikit untuk menunaikan ibadah haji.


"Jangan lupa mangsa sebenar Tabung Haji, masuk RM50, RM10 sebulan kerana pasang niat untuk tunaikan rukun Islam kelima," katanya.

4 Comments


Stig Tom
Stig Tom
5 hours ago

I’ve been spending way too much time lately playing geography games to brush up on my travel knowledge. If you enjoy testing your instincts by dropping into random street views and figuring out where you are, you should definitely

check out https://playworldguesser.com/. It’s completely free, requires no sign-up, and honestly, the unlimited rounds make it the perfect way to kill some time while learning about different corners of the globe. It's a fun, low-pressure way to explore the world from your browser!

Like

Stig Tom
Stig Tom
5 hours ago

I’ve been looking for a solid browser-based racing game to kill some time during my breaks, and I finally stumbled upon a gem. The physics in this one are surprisingly addictive for a low-poly title, and the community-built tracks add so much replayability. It’s perfect since there’s no installation required, making it super easy to jump into a quick race whenever I have a spare moment. If you're into minimalist racing games, you should definitely check out https://playpolytrack.com for some high-speed fun. It’s definitely earned a spot in my favorites bar!

Like

Tink
Tink
14 hours ago

DeepSeek Harness is DeepSeek's production-grade AI agent execution infrastructure. You can launch the Web UI or clone the source repository on GitHub for custom plugin development.

Like

Grace
16 hours ago

Summarising Canadian gaming forums, I realised that many platforms look similar at first glance, but the real differences become clear only when players describe how the site behaves in everyday situations. People often mention loading speed, clarity of rules, and how easy it is to locate limits or payment details. Elements Casino Victoria was referenced repeatedly in discussions where users compared platforms based on practical experiences rather than marketing claims. These kinds of comments tend to be far more useful because they highlight what actually matters during normal use.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page