top of page

Palsukan kartun Zunar: Pemimpin Pas Melaka hadapi perbicaraan di mahkamah

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 8 hours ago
  • 1 min read
Zunar hadir di di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebagai saksi pendakwaan
Zunar hadir di di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebagai saksi pendakwaan

Perbicaraan kes membabitkan dakwaan pemalsuan karya kartunis reformasi terkenal, Zulkiflee S.M. Anwar Ulhaque atau Zunar, bermula hari ini dengan beliau tampil sebagai saksi pendakwaan pertama bagi memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Jenayah (Cyber) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.


Zunar berkata, kartun tersebut merupakan karya asli beliau yang asalnya disiarkan dalam Facebook rasminya, ‘Zunar Cartoonist Fan Club’, namun telah dimuat naik dalam akaun media sosial Azmi Aziz, yang didakwa telah dipalsukan kandungannya.


"Laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat kerana pemilik akaun tersebut telah memalsukan kartun saya, menyiarkan kandungan palsu, memfitnah saya, serta melanggar hak cipta dan harta intelek saya.


"Hari ini adalah hari pertama perbicaraan di mana saya menjadi saksi pertama dan saya telah menerangkan panjang lebar tadi apa yang saya adukan.


"Sekarang ini ia dalam pemeriksaan balas tapi ditangguhkan dulu kerana terlalu banyak soalan yang ditanyakan," katanya ketika ditemui Suara Keadilan di perkarangan mahkamah.


Untuk rekod, pada 10 Ogos 2024, Zunar telah membuat aduan kepada MCMC terhadap seorang pemilik akaun Facebook, Azmi Aziz yang juga seorang pemimpin Pas Melaka, kerana memalsukan kartun asal miliknya dan memuat naik ke dalam akaun media sosial tersebut.


Pendakwaan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page