Nurul Izzah turun padang santuni warga DUN Senggarang
- Noraini Nordin

- 1 hour ago
- 1 min read

Sorotan khas PRN Johor: Semakin hampir hari mengundi, semakin ligat Timbalan Presiden KEADILAN 'turun padang' menyantuni pengundi-pengundi Johor bersama-sama calon Pakatan Harapan (PH).
Jelajah Nurul Izzah pada Isnin lalu telah menyantuni pengundi di beberapa DUN di Johor, antaranya DUN tumpuan KEADILAN iaitu di Senggarang.
Nurul Izzah turun ke Kampung Minyak Beku, Senggarang bagi membantu calon PH, Onn Abu Bakar yang bertanding di situ.
Selain menyampaikan amanat ringkas kepada hadirin, Nurul Izzah juga beramah mesra serta berfoto dengan lebih 100 tetamu yang menghadiri program tersebut.




Comments